6 Strategi Berkesan untuk Meningkatkan Kadar Closing di Shopee

6 Strategi Closing di Shopee 1

Dalam dunia Shopee yang penuh persaingan, ejen yang mahir “closing” bukan sahaja boleh naikkan jualan, malah boleh cipta pengalaman pelanggan yang mesra dan dipercayai.

Kita kongsikan 6 strategi penting untuk bantu anda closing sales dengan lebih berkesan di Shopee.

1.Fahami Perjalanan Customer di Shopee (Shopee Buyer Journey)

Seorang pelanggan Shopee biasanya melalui beberapa langkah sebelum membuat pembelian:

image 24


Sebagai seller, kita perlu masuk tepat pada masa buyer sedang dalam fasa membuat keputusan. Contohnya, bila buyer add to cart tapi belum checkout, itu masa terbaik untuk follow-up dengan ayat mesra dan bantu mereka buat keputusan.

Contoh ayat:

“Hai puan, semalam ada tanya tudung anak. Masih mencari ke? Saya boleh bantu pilih saiz. Ready stock & ramai ibu puas hati dengan tudung ni.”

    2.Waktu Emas Untuk Closing

    Shopee aktif 24 jam, tapi pembeli ada waktu tertentu yang lebih cenderung untuk membuat pembelian. Gunakan waktu ini untuk follow-up atau standby chat:

    • 7.30 pagi – 9.00 pagi: Ibu scroll Shopee semasa siapkan anak sekolah.
    • 12.00 tgh – 2.00 ptg: Waktu lunch break.
    • 8.00 mlm – 11.00 mlm: Waktu paling aktif.

    Tips: Gunakan auto-reply atau sediakan chat template untuk waktu-waktu ini supaya tak terlepas peluang closing.

    3.Taktik Respon Chat Yang Menutup Jualan

    Gunakan formula S.O.S:

    • Sapa: “Salam puan, terima kasih singgah.”
    • Offer: “Tudung ni ready stock & ada jaminan 180 hari.”
    • Selitkan Trust: “Ramai ibu repeat sebab selesa & on point”

    Elakkan jawapan satu perkataan. Jawapan yang informatif, mesra, dan tunjuk value akan bantu buyer rasa lebih yakin.

    4.Gunakan Voucher & Add-on Shopee Dengan Bijak

    Shopee ada tools seperti:

    • Follow Shop Voucher – Galakkan follow + beli.
    • Time-limited Voucher – Bina urgency.
    • Add-on Deal – Untuk upsell (contoh: inner atau sticker dengan harga istimewa).

    Contoh ayat:
    “Puan boleh claim voucher RM2 tu dan add inner dengan harga promo. Ramai ibu grab combo ni sebab memang berbaloi.”

    5.Follow Up Buyer Yang Belum Checkout

    Ramai buyer add to cart tapi tak checkout. Mereka bukan tak nak beli, mungkin terlupa atau tunggu masa sesuai. Gunakan follow-up yang mesra dan bersahaja:

    • Hari 1: “Puan masih berminat ke? Saya boleh bantu semak saiz.”
    • Hari 2: “Hari ni last untuk free inner kalau beli 2 helai.”
    • Hari 3: “Kalau masih fikir-fikir, tak apa puan. Saya sentiasa ready bantu bila-bila masa.”

    Timing follow-up penting, pagi, tengahari dan malam.

    6.Testimoni & Social Proof dalam Chat

    Bila buyer nampak orang lain puas hati, mereka lebih yakin nak beli.

    Gunakan:

    • Gambar anak customer.
    • Petikan review Shopee.
    • Info pelanggan repeat.

    Contoh ayat:
    “Ramai ibu suka tudung ni sebab awning tak senget, on point & anak tak rimas. Puan boleh tengok review juga, ramai puji selesa & lembut.”

    Dengan menguasai keenam-enam strategi ini, ejen bukan sahaja boleh naikkan closing rate di Shopee, malah bina hubungan yang mesra dan dipercayai dengan pelanggan. Ingat, pembeli mungkin tak ingat apa kita jual, tapi mereka akan ingat cara kita layan mereka.

    Bonus : Template Follow Up

    Selamat closing dan teruskan beri yang terbaik 🥰

    KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

    Leave a Comment