3 Fasa Perubahan Cara Berniaga

Penting untuk kita faham supaya kita dapat sesuaikan diri dengan keadaaan. Kita tak boleh nak lawan perubahan dan evolusi semasa. Nak tak nak, kita terpaksa juga sesuaikan diri supaya kita ada peluang untuk berjaya, in shaa Allah.

kerja dari rumah

3 Fasa Perubahan

Fasa 1: Social Media

Masa zaman Facebook dahulu, ejen dropship mudah nak berniaga sebab HQ sediakan content(bahan marketing) semua, ejen hanya perlu share sahaja di social media.

Dan pada zaman tersebut ramai orang membeli di Facebook. Kurang persaingan kerana pelanggan sukar nak buat perbandingan harga dan produk.

Fasa 2: e-Commerce

Apabila munculnya Shopee, perniagaan ejen masih ok sebab HQ TudungSiComel ada sediakan web khas dropshiptudungsicomel.com untuk memudahkan ejen-ejen sync kan terus produk ke Shopee. Lebih memudahkan.

Shopee pula tak perlu buat content. Hanya perlu pastikan listing produk meyakinkan sahaja dengan gambar, video dan penerangan yang jelas.

Ejen hanya perlu belajar buat ads sahaja untuk pastikan listing produk muncul di hadapan mata prospek yang nak membeli ‘tudung sekolah’.

Fasa 3: Social Commerce

Tapi apabila Tiktok muncul, cara menjual dah berubah, ejen-ejen terpaksa buat content sendiri. HQ dah sukar nak membantu sebab tak boleh ada ‘duplicate content’ (violation).

Dalam fasa ini, muncul lah ejen-ejen Affiliate. Dalam fasa ini juga, siapa pandai buat content Video dan Live, mereka boleh survive (dengan izin Allah).

Situasi ini menyukarkan ejen-ejen lama terutama dropship yang sukar nak sesuaikan dengan keadaan semasa. Kita faham, tak semua orang pandai buat content yang baik.

Cabaran

Jadi ini memberi sedikit cabaran kepada kita yang berniaga sebagai ejen dropship dan ianya turut memberi kesan juga kepada HQ untuk survive.

Namun in shaa Allah, HQ TudungSiComel kita sentiasa memikirkan cara dan kaedah supaya ejen-ejen lama dapat berasimilasi dengan perubahan semasa agar boleh terus dapat jana pendapatan yang baik.

“Kita tak akan gagal selagi kita tak mengalah…”

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

2 thoughts on “3 Fasa Perubahan Cara Berniaga”

  1. Saya amat bersetuju dengan point- point bernas serta tepat.

    Usahawan termasuk self employed perlu berubah seiring dengan kemajuan serta teknologi.

    “Change Now, Or You Will Be Changed”

    Jazakumullah khair

    Reply

Leave a Comment