Pelarasan Komisyen Affiliate TudungSiComel di TikTok

Pihak TudungSiComel ingin memaklumkan bahawa satu pelarasan struktur komisyen affiliate bagi produk TudungSiComel di platform TikTok terpaksa dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kelangsungan operasi syarikat.

Makluman awal berkaitan perkara ini telah dimaklumkan sebelum ini (16 Julai 2025) dan boleh dirujuk melalui pautan berikut:
https://usahawan.tudungsicomel.com/pelarasan-harga-dan-komisyen/

Kemas Kini Pelaksanaan Komisyen Affiliate TikTok

Berkuat kuasa mulai 22 Disember 2025, pihak TudungSiComel akan mula mengemaskini struktur komisyen terkini bagi produk Affiliate TudungSiComel di platform TikTok.

Pelaksanaan ini akan dibuat secara berperingkat mengikut kategori affiliate yang telah ditetapkan.

Kadar komisyen keuntungan affiliate akan diselaraskan sama dengan ‘kadar keuntungan semasa’ dropship.

Jangan risau, walaupun ada pelarasan, kadar komisyen masih lagi tinggi dan menguntungkan serta masih lebih tinggi berbanding kebanyakan pembekal tudung sekolah lain.

Margin Untung HQ Terlalu Rendah

Ini kerana HQ tidak lagi mampu untuk menampung kos komisyen yang terlalu tinggi dan menyebabkan HQ tidak dapat menampung kos overhead pengurusan syarikat.

image 2
Kadar keuntungan HQ untuk jualan secara affiliate.

Jika dilihat pada carta di atas, kadar keuntungan kasar HQ sangat rendah untuk jualan secara Affiliate. Sebagai contoh untuk Tudung Sekolah Zip (L, XL) keuntungan sehelai HQ cuma RM0.05 sahaja.

Kita ada lebih 30 orang staff dan 10 lot kedai untuk kita bayar setiap bulan bagi memastikan tempahan rakan-rakan lancar. Jadi kita terpaksa ambil keputusan sulit ini.

Bagaimana dengan KOMISYEN video beg kuning SEBELUM INI?

Kepada rakan-rakan yang telah buat video beg kuning sebelum ini, jika anda berada dalam grup Open Collaboration, anda masih menikmati kadar komisyen semasa dalam masa 30 hari.

Namun jika anda sertai Affiliate TSC melalui grup Target Collaboration, komisyen anda akan berubah serta merta.

Live affiliate – Tempoh Peralihan Khas

Sebagai langkah sokongan kepada rakan-rakan usahawan TudungSiComel yang aktif mempromosikan produk melalui siaran LIVE TikTok, pihak TudungSiComel menyediakan satu tempoh peralihan khas selama sepuluh (10) hari sebelum pelarasan komisyen terkini dilaksanakan sepenuhnya.

Tempoh peralihan ini adalah sehingga 31 Disember 2025. Maksudnya anda masih boleh dapat komisyen yang sama sehingga hujung bulan ini.

Untuk melayakan anda mendapatkan kadar komisyen lama, anda boleh daftar dulu pada borang di bawah. Nanti Admin Mira akan add anda dalam satu group khas untuk Team Live Affiliate.

Borang live affiliate

Untuk rakan usahawan yang menjalankan penjualan affiliate LIVE TikTok dan nak dapatkan komisyen tanpa penurunan selama 10 hari, boleh mengisi borang dibawah:

Tarikh akhir pengisian borang adalah pada:
22 Disember 2025 (Isnin ), sebelum jam 11.59 malam

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan bagi tempoh peralihan khas ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Admin Mira untuk sebarang soalan dan penerangan.

Kami ingin memohon maaf kerana terpaksa mengambil keputusan sulit ini demi kelangsungan perniagaan kita bersama. Harap rakan-rakan dapat memahami. Terima kasih.

FAQ?

1. Berapakah kadar komisyen baru?
Kadar komisyen baru adalah sama +/- dengan kadar keuntungan anda menjual secara dropship di Shopee dan Tiktok. Kadarnya mengikut jenis produk dan anda boleh semak semasa anda nak masukan beg kuning dan semasa sesi live nanti.

2. Apakah tujuan pengisian borang pengesahan ini?
Pengisian borang ini bertujuan untuk membolehkan pihak HQ membuat setting supaya anda masih dapat komisyen semasa selama 10 hari.

3. Apakah implikasi sekiranya borang tidak diisi?
Sekiranya borang tidak diisi dalam tempoh yang ditetapkan, akaun affiliate akan tertakluk kepada struktur komisyen terkini selepas pelarasan dilaksanakan.

4. Adakah rakan usahawan yang hanya promosikan produk melalui content bag kuning perlu mengisi borang?
Tidak perlu. Pengisian borang ini adalah khusus untuk rakan usahawan yang menjalankan siaran LIVE TikTok sahaja.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment