Pihak TudungSiComel dengan ini menjemput rakan-rakan usahawan untuk bersama-sama menyertai Program Sumbangan Anak Yatim & Asnaf, iaitu satu inisiatif kebajikan khusus bagi membantu anak-anak di rumah kebajikan dan golongan asnaf yang terpilih.
Program ini bertujuan memastikan mereka dapat melangkah ke sekolah dengan tudung sekolah yang baharu, bersih dan berkualiti, setanding dengan keperluan anak-anak lain.

Bentuk Sumbangan
Setiap sumbangan yang diterima akan ditukarkan kepada item berikut (bagi setiap anak-anak):
- 3 Helai Tudung Sekolah Awning Lembut
Untuk memastikan kitaran pemakaian mencukupi sepanjang minggu persekolahan. - 2 Helai Inner Rainbow (Inner/Anak Tudung Sekolah)
Bagi memastikan anak-anak kekal selesa dan kemas sepanjang hari di sekolah.
Insentif Penghargaan Kepada Ejen
Sebagai penghargaan kepada rakan-rakan ejen yang menyokong dan menyebarkan program ini, pihak TudungSiComel menyediakan komisyen sebanyak 20% bagi setiap nilai sumbangan yang berjaya diperoleh melalui link affiliate anda.
Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Ejen

- Menjana Link Affiliate Khas
Rakan-rakan ejen perlu menjana special affiliate link bagi kempen sumbangan ini melalui sistem affiliate di web TudungSiComel.com
Panduan lengkap boleh dirujuk melalui pautan berikut:
👉 https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/bagaimana-nak-generate-special-affiliate-link/ - Hebahan Program
Sebarkan link affiliate anda tersebut melalui platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram, WhatsApp Story atau secara terus kepada komuniti dan kenalan terdekat. - Penerangan Kepada Penyumbang
Maklumkan kepada bakal penyumbang bahawa sumbangan yang diberikan akan ditukarkan kepada tudung dan inner tudung sekolah untuk manfaat anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan. - Link Program Sumbangan
Link program sumbangan akan dikongsikan dari masa ke semasa menerusi grup support whatsapp.
Dengan kerjasama dan sokongan rakan-rakan usahawan, kita berpeluang menjadi jambatan kebaikan yang menghubungkan penyumbang dengan anak-anak yang memerlukan. Sumbangan yang kecil bagi kita mampu memberi impak yang besar kepada masa depan mereka.
“Satu Perkongsian, Beribu Senyuman”
Pihak TudungSiComel merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
