Pengurusan kedai di marketplace bukan sekadar menunggu pesanan masuk, tetapi ia melibatkan strategi pemasaran yang bijak untuk memaksimumkan keuntungan bagi setiap transaksi.
Mengapa Perlu Bundle Deal?
Fokus utama kempen ini adalah untuk mengubah corak pembelian pelanggan. Kita mahu beralih daripada pelanggan yang hanya membeli sehelai tudung, kepada pembelian tiga helai atau lebih dalam satu transaksi.
Dengan strategi ini:
- Keuntungan Lebih Optimum: Untung bersih bagi setiap sesi closing adalah lebih tinggi.
- Volum Jualan Meningkat: Jumlah unit terjual (Quantity Sold) meningkat dengan pantas.
- AOV Lebih Tinggi: Nilai jualan bagi setiap pelanggan (Average Order Value) meningkat.
Analisis Keuntungan (Teknik Magic Number)
Untuk membantu anda nampak dengan lebih jelas perbezaan keuntungan antara menjual sehelai berbanding jualan kombo, Mira sertakan Jadual Pengiraan Keuntungan di bawah:

Nota :
[1] 18% fee charge + 5% bundle deals
[2] Service fee shopee rm0.54
[3] Harga agent by product (total)
[4] Total RM (Retail)-Fees-Service fee-Agent bayar dekat HQ
Magic Number
Ini adalah contoh pengiraan untuk produk Tudung Sekolah Awning Scuba
Customer beli 1 helai = agent untung RM4.02
Customer beli 3 helai = agent untung RM10.07
Kenaikan untung dari 1 helai kepada 3 helai RM6.05
10 orang x untung 1 helai RM4.02 = RM40.20 (sehari) x 3 hari = RM120.60
10 orang x untung 3 helai RM 10.07 = RM100.70 (sehari) x 3 hari = RM302.10
Langkah 1: Log Masuk ke Shopee Seller Centre
- Masuk ke akaun Shopee anda melalui Seller Centre.
- Klik pada bahagian Marketing Centre, kemudian klik tools Discount dan klik pada Bundle Deal seterusnya klik create untuk mulakan kempen anda.

Langkah 2: Tetapkan Maklumat Promosi Bundle Deal
Anda perlu memasukkan maklumat berikut:
- Nama Kempen: Berikan nama yang jelas
- Tempoh Promosi: 13 April – 10 Mei 2026
- Jenis Diskaun: Memilih potongan peratus
- Tetapkan jumlah potongan : 5%

Langkah 3: Pilih Produk yang Ingin Dimasukkan dalam Bundle Deal
- Pilih produk mana yang anda mahu tawarkan dalam kempen ini, dan cadangannya adalah fokus kepad awnning scuba dahulu.

Langkah 4: Semak dan Aktifkan Bundel Deal Anda
- Sebelum mengaktifkan promosi, pastikan semua maklumat lengkap dan tepat.
- Klik Save & Publish untuk mengaktifkan kempen Bundle Deal di kedai anda.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, fungsi Bundle Deal bukan sekadar memberi potongan harga, tetapi ia adalah instrumen untuk menggandakan keuntungan anda tanpa memerlukan jumlah pelanggan yang ramai. Dengan hanya seorang pelanggan, anda mampu menjana jualan berkali lipat berbanding biasa.
