PERHATIAN – PROGRAM AFFILIATE KITA SUDAH BERPINDAH KE WEB BARU. SILA KLIK SINI UNTUK KE PRORAM AFFILIATE BARU KITA(UPDATE 15 OGOS 2021)
Apabila ada yang ingin sertai sebagai Rakan Usahawan/Dropship TudungSiComel, ini adalah tiga langkah mudah untuk Nenek dan Ibu:
1. Minta mereka daftar dahulu melalui link recruit(affiliate) puan supaya mereka secara automatik akan berada di bawah puan.
2. Setelah mereka ada akaun affiliate, minta mereka dapatkan link affiliate mereka dan klik pada link affiliate mereka sendiri buat pertama kali(copy paste ke browser) untuk memastikan link affiliate mereka berfungsi dengan baik. Rujuk panduan video di bawah di mana boleh mereka dapatkan link affiliate mereka.
3. Setelah berjaya, daftar pula untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sertai group support HQ melalui: https://tudungsicomel.com/dropship
Bagaimana untuk dapatkan link recruit puan? Ikuti langkah mudah di bawah:
1. LINK PENDAFTARAN/RECRUIT.
Pertama sekali login ke akaun affiliate puan dan dapatkan link referal/recruit kemudian berikan pada anak-anak untuk mereka daftar akaun affiliate. Minta mereka klik pada link recruit puan dan daftar akaun affiliate melaluinya.
Secara tak langsung, setelah mereka daftar melalui link puan, mereka akan duduk di bawah puan dan puan akan dapat komisyen dari komisyen jualan mereka. Buat masa sekarang, jumlah % komisyen kita belum tetapkan lagi. Masih dalam tempoh percubaan dan boleh berubah mengikut kesesuaian.
Jadikan ini sebagai salah satu langkah wajib pendaftaran sebagai agen Drosphip TudungSiComel. Jadi setiap kali ada yang nak jadi DS TSC, perlu mendaftar Akaun Affiliate dan secara automatik mereka akan menjadi anak puan.
Jika puan dah ada anak sebelum ini dan belum mendaftar, puan boleh maklumkan bahawa HQ TSC telah mewajibkan semua DS untuk mendaftar akaun Affiliate.


2. SEMAK STATUS PENDAFTARAN.
Untuk semak status pendaftaran anak tersebut samaada pendaftaran beliau berjaya dan duduk di bawah puan, sila semak melalui langkah di bawah.

3. LINK UNTUK ANAK-ANAK GUNA TUJUAN PEMBELIAN PRODUK.
Untuk memastikan puan menerima komisyen dari jualan anak-anak, puan harus sentiasa mengingatkan mereka untuk klik link affiliate peribadi mereka setiap kali mereka ingin membuat belian di web katalog TSC.

Untuk lebih memudahkan mereka, puan sarankan mereka untuk pendekkan link affiliate mereka agar lebih mudah hafal untuk setiap kali membuat tempahan atau edaran link affiliate.
Boleh rujuk video di bawah untuk cara memendekkan link affiliate.
4. CARA SEMAK KOMISYEN ANAK.

5. PENTING – PENDAFTARAN DROPSHIP TSC
Kemudian setelah mereka daftar sebagai anak puan, langkah seterusnya minta mereka daftar pula melalui link HQ di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Dropshipper seperti cara-cara membuat tempahan, aktifkan akaun dropship, cara lihat kos postage dan sebagainya
https://tudungsicomel.com/dropship
Selain itu, sebagai ibu, puan juga digalakkan untuk hasilkan group support untuk team anak-anak puan.
VIDEO PANDUAN
Untuk lebih faham saya ada sediakan panduan dalam bentuk video-video pendek. Jemput tonton.
VIDEO PANDUAN NENEK, IBU DAN ANAK
TUTORIAL UMUM PROGRAM AFFILIATE
Terima kasih dan in shaa Allah kita akan update isi kandungan dari masa ke semasa. Semoga bermanfaat ^_^
