Memandangkan kita ada satu kes di mana ada ‘anak’ (program pencen) kepada salah seorang rakan usahawan kita yang telah secara tak sengaja (mungkin system error) tersenarai di bawah lifetime ‘ibu lain’ sejak tahun 2023.
Malangnya komisyen yang sepatutnya beliau terima pula telah diterima oleh ‘ibu lain’ tersebut dan telah dibuat bayaran sejak dari itu.
Mungkin setelah sekian lama beliau baru tersedar bahawa email anaknya tidak berada di bawah senarai lifetime beliau dan HQ juga tidak menyedarinya. Namun kita tidak salahkan beliau, kadang kala kita sendiri terlupa untuk buat semakan secara berkala.
Oleh itu HQ terpaksa membuat semakan dan kiraan semula satu persatu pada setiap tempahan yang dibuat oleh ‘anak’ beliau sejak 2023 serta membuat bayaran komisyen gantian kepada beliau untuk satu tempoh yang lama.
KOMISYEN BERGANDA
Ini juga bermakna HQ juga menanggung kerugian kerana terpaksa membuat ‘bayaran komisyen berganda’, iaitu bayaran gantian komisyen kepada beliau dan bayaran komisyen yang telah dibuat kepada ‘ibu lain’ tersebut untuk tempahan sejak dari tahun 2023.
HQ tak dapat nak mohon pemulangan wang yang telah dibayar kepada ‘ibu lain’ tersebut kerana kita yakin beliau juga mungkin tidak perasan dan beliau mungkin anggap ianya adalah anak lifetime beliau.
SISTEM ONLINE TERDEDAH KEPADA ERROR DAN HACKERS
Apabila melibatkan system online, ianya kadangkala adalah diluar jangkaan kita.
Sistem online adalah sangat terdedah(vulnerable) kepada error dan juga hackers. Walaupun kita sentiasa memantau website dan juga security, namun kadangkala banyak perkara yang diluar jangka juga.
TERMA DAN SYARAT LAMA AKAN DIKEMASKINI SEMULA
Semasa anda mendaftar sebagai Rakan Usahawan TudungSiComel, kita ada juga nyatakan terma dan syarat ringkas ini. Namun kita akan kemaskini semula agar ianya lebih jelas dan mudah difahami.

Mungkin ada yang tidak perasan semasa membuat pendaftaran. Ini salah HQ juga kerana tidak membuat penjelasan dari masa ke semasa.
BEBANAN TANGUNGJAWAP
Jadi setelah berbincang dengan team, kita rasakan program affiliate dan pencen ini akan memberikan bebanan kepada HQ dalam jangkamasa panjang kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Oleh itu kita terpaksa berkongsi semula Terma & Syarat sekiranya anda ingin memanfaatkan sistem affiliate dan juga meneruskan Program Pencen yang kita anjurkan.
Sistem affiliate dan program pencen hanyalah program tambahan untuk membantu anda untuk membuat pendapatan tambahan selain daripada dropship.
Sekian dan maaf atas kesulitan tersebut 😥
SOALAN LAZIM
- Bagaimana sekiranya saya tidak bersetuju dengan Terma & Syarat tersebut?
Anda masih boleh berniaga secara dropship & borong seperti biasa. Terma & Syarat khas untuk menggunakan sistem affiliate dan program pencen kita sahaja. - Adakah anak-anak saya akan kekal di bawah tajaan saya?
Sekiranya anda bersetuju dengan Terma & Syarat, ya. - Adakah saya akan masih menerima komisyen anak-anak saya?
Sekiranya anda bersetuju dengan Terma & Syarat, ya. - Adakah sistem affiliate akan dikekalkan?
Sekiranya anda bersetuju dengan Terma & Syarat, ya. - Adakah saya boleh terus membuat promosi secara affiliate?
Sekiranya anda bersetuju dengan Terma & Syarat, ya. - Di manakah boleh saya baca terma dan syarat tersebut?
Kita akan meletakkannya di ‘dashboard my account’ anda untuk rujukan dan akan membuat pengumuman dari masa ke semasa.