Sebelum tue mari kita lihat hasil dari ads rakan-rakan yang join subsidi shopee ads dari HQ.


Alhamdulillah, ada rakan-rakan usahawan yang berjaya mendapat pulangan yang baik (ROAS 9.04) hasil dari program Subsidi Shopee Ads yang kita anjurkan.
Ini bermakna anda spend ads RM35 (subsidi) dan anda mendapat pulangan RM318.00 secara percuma sahaja sebab HQ cover kos iklan.
Ads yang bagus ini anda boleh teruskan samaada nak naikan sedikit budget atau teruskan dengan RM5 sehari.
Cara Naikan Ads Budget
Namun dicadangkan untuk naikan sedikit demi sedikit ads budget dalam penambahan 30% setiap kali peningkatan (seminggu sekali).
Contohnya sekarang anda buat ads sehari RM5, anda boleh naikan sedikit dengan penambahan 30% x RM5 = RM1.50
So anda naikan budget iklan sehari anda kepada RM5 (asal) + RM1.50(30%) = RM6.50
Janganlah dari RM5 sehari terus naik kepada RM20 sehari, agak bahaya. Nanti ads terkejut hehe.
Anyway tahniah kepada yang berjayaπ
Namun kepada rakan-rakan yang tak berjaya, mari kita lihat apa yang boleh kita perbaiki.
KENAPA ADS SAYA TAK MENJADI? 2 perkara perlu diberi perhatian
Jika anda buat ads dan ianya tak menjadi, anda perlu lihat 2 metrix ini.
1. Kenapa ads saya tak berjalan dan tidak ada klik?
Ini kemungkinan besar ‘gambar cover listing’ produk anda tidak menarik dan tidak mampu membuatkan prospek ingin klik pada listing anda. Mereka tidak nampak apa yang specialnya pada gambar listing anda.
Ingat, people always judge a book by it cover π
2. Kenapa ads saya ramai yang klik, tapi tak membeli?
Tahniah, ini bermakna anda dah berjaya buatkan orang klik pada iklan anda. Tapi kenapa orang tak membeli adalah berkemungkinan besar:
a. Penerangan produk tidak jelas. Tidak cukup informasi untuk membolehkan prospek membuat keputusan untuk membeli dari anda.
b. Video yang kurang menarik dan tidak mampu meyakinkan prospek. Tukar video yang lebih jelas dan menarik.
c. Gambar tambahan penerangan produk tidak jelas dan tidak membantu.
d. Tidak ada add-on deals, cashback coupon atau apa-apa yang menarik di listing anda.
e. Dicadangkan menggunakan ayat-ayat yang lebih mesra dan meyakinkan supaya prospek pilih anda berbanding persaing lain.
Anda boleh cuba dan test dari masa ke semasa sampai dapat the winning setup.
Ingat, ads hanyalah membantu untuk prospek nampak listing produk anda sahaja. Jika listing produk anda tidak meyakinkan, rugilah anda buat ads.
Nampak (ads) > Rasa ingin tahu (cover image yang menarik) > Rasa nak beli (Listing yang jelas).
Ini 2 metrix penting yang anda boleh sentiasa buat ujicuba. Semoga bermanfaat π