Sempena bulan kebangsaan yang bakal menjelma, TudungSiComel memperkenalkan satu kempen istimewa buat semua pelanggan tersayang Promosi Beli Sehelai Tudung dan Sehelai Inner Free Sticker Kanvas.Jalur Gemilang.
Dalam kempen ini dengan setiap pembelian sehelai Tudung Sekolah dan juga sehelai Inner Rainbow pelanggan akan terima PERCUMA sekeping sticker lencana Jalur Gemilang edisi khas (jenis kanvas tahan lasak).
Sticker lencana ini adalah jenis yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk dipakai oleh semua pelajar sekolah.
Ia sesuai untuk ditampal terus pada tudung sekolah anak serta ianya tahan lasak dan kemas.
Promosi Kempen
Mulai 15 Julai 2025 hingaa 31 Ogos 2025, setiap pembelian 1 helai Tudung Sekolah dan 1 helai Inner ke atas, pelanggan akan menerima 1 keping sticker Kanvas Jalur Gemilang secaraPERCUMA.
Objektif Kempen
1.Mendukung semangat patriotik
Kita bersama-sama memupuk rasa cinta kepada negara dengan membantu murid-murid mendapatkan lencana Jalur Gemilang yang lebih selamat dipakai(tidak perlu gunakan pin).
2.Menambah nilai pembelian pelanggan
Selain tudung sekolah yang berkualiti, kita juga menghadiahkan sesuatu yang istimewa iaitu lencana kanvas Jalur Gemilang secara percuma.
3.Meningkatkan jualan
Promosi ini berpotensi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli tudung sekolah bersempena musim patriotik ini.
Apa Yang Menarik Tentang Kempen Ini?
- Promosi sah di semua platform (Shopee, WhatsApp, TikTok, Lazada & Website).
- Hanya pastikan pelanggan beli minimum 1 tudung + 1 inner (1set)
- HQ akan automatik sertakan sticker lencana bendera dalam bungkusan.
Kod Kupon
Rakan usahawan tidak perlu masukkan sebarang kod kupon untuk redeem sticker lencana bendera ini kerana team pembungkusan akan memasukkan berdasarkan kuantiti tempahan yang dibuat.
FAQ?
1.Jika pelanggan beli 2 helai tudung dan 2 helai inner boleh claim 2 keping sticker ke?
J: Tidak layak, kerana 1 tempahan dengan belian 1 helai tudung dan 1 helai inner ke atas di dalam satu resit hanya layak untuk 1 keping ticker sahaja. Jika perlukan sticker lebih, boleh buat pembelian sticker.
2.Boleh ke saya nak promosikan kempen ini di Shopee/Lazada/TikTok ?
J: Boleh sahaja, rakan2 tak perlu setting apa-apa promosi ini di merchant hanya perlu letak gambar percuma sticker tersebut. Tempahan 1 helai tudung dan 1 helai inner ke atas kita akan terus masukkan sticker.
3.Bagaimana jika saya kumpul order untuk kawan2 sekerja atau kawasan tempat tinggal saya, dan pos ke alamat saya dan hanya terima 1 keping sticker sahaja ke ?
J: Anda boleh maklumkan pada admin Alin berapa sticker yang diperlukan untuk diberikan kepada pelanggan anda. Kejujuran anda sangat penting.
4.Boleh ke pelanggan buat 2 order ID berasingan dan combine postage untuk claim 2 keping sticker ?
J: Tidak boleh, kerana ia dikira sebagai 1 postage dan layak terima 1 keping sticker sahaja.
5.Kalau promosikan secara affiliate, layak ke terima sticker percuma ini?
J: Layak, janji tempahan yang dibuat oleh pelanggan minimum 1 helai tudung dan 1 helai inner dan ke atas.
6.Kalau saya beli stock borong, bagaimana saya nak dapatkan stock sticker?
J: Anda boleh buat belian sticker di web agen untuk pelanggan claim promosi ini melalui tempahan yang anda uruskan.
Semoga kempen ini dapat membantu rakan-rakan membuat sale yang baik. Aamiin