Apabila kita nampak ada rakan-rakan lain berjaya jual tudung sekolah, tak semestinya mereka punca kita gagal. Rezeki masing² Allah swt dah takdirkan.
Mereka ada banyak akaun shopee, banyak akaun Tiktok, banyak akaun Socmed dan mereka juga rajin posting iklan serta buat live… Adakah sama usaha kita berbanding mereka?
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” ~ Surah Ar-Ra’d, ayat 11
“Orang gagal, tidaklah membuatkan kita akan berjaya”
Walaupun mereka gagal sekalipun, tak akan menjamin kita akan berjaya juga.
Adalah lebih baik kita terus mendoakan kejayaan sahabat-sahabat kita kerana ianya akan mengundang doa kebaikan yang sama juga dari malaikat kepada kita; makhluk Allah swt yang tak pernah membuat dosa.
“Tidaklah seorang muslim mendoakan kebaikan untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, ‘Dan bagimu juga kebaikan yang sama’,” ~ Hadis riwayat Muslim.
Jadi jangan lah kita ada sifat iri hati dalam diri. Sama² kita cuci hati. In shaa Allah kejayaan akan datang dengan sendiri. Aamiin