Untuk bulan Julai 2025, HQ telah menyusun pelbagai kelas Zoom PERCUMA khas untuk bantu anda tingkatkan ilmu pemasaran dan pengurusan jualan sama ada anda menjual di TikTok, Shopee, media sosial atau sebagai affiliate.
Semua kelas ini boleh disertai oleh semua Rakan Usahawan secara online dan PERCUMA. Jom rebut peluang untuk tambah ilmu & kemahiran!
Kelas Meta Business Insight
Kelas ini memberi pendedahan tentang strategi pemasaran menggunakan platform Meta (Facebook & Instagram). Sesuai untuk anda yang nak belajar tarik pelanggan secara soft selling dan bina konten yang berkesan.

Kelas Marketing Rocket
Sesi ini memberi pendedahan mendalam tentang strategi content, closing, dan tool digital. Sangat sesuai untuk semua yang nak grow secara serius dan konsisten.

Info Agent TudungSiComel
Kelas ini khusus untuk bantu agent dropship yang ingin faham alur sistem, pendaftaran dan cara kerja harian sebagai seller aktif.

Cara Sertai
Link Zoom akan dikongsikan dalam group rasmi Rakan Usahawan 15–30 minit sebelum kelas bermula. Tiada pendaftaran diperlukan anda hanya perlu hadir tepat pada masanya dan bersedia catat ilmu!
Semua kelas ini adalah PERCUMA & terbuka kepada semua Rakan Usahawan TudungSiComel.
Jom setkan reminder, ajak rakan sama-sama join, dan jadikan Julai bulan upgrade ilmu!