Dalam dunia bisnes, strategi pemasaran yang digunakan memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada kita dapat tarik pelanggan atau tidak.
Dua pendekatan utama yang sering digunakan dalam promosi produk ialah Hard Sales dan Soft Sales. Kedua-duanya ada tempat dan fungsi tersendiri dan yang penting ialah tahu bila dan bagaimana cara penggunaannya.
Apa Itu Hard Sales?
Hard Sales merujuk kepada teknik jualan terus yang memberi tekanan kepada pelanggan untuk buat keputusan segera.
Ia biasanya digunakan dengan ayat-ayat promosi yang lebih agresif dan padat seperti:
- “Tudung sekolah RM19.90 je! Siapa nak, komen sekarang!”
- “Harga naik lepas 16 Julai, cepat grab sekarang!”
Kelebihan Hard Sales:
- Sesuai untuk promosi besar atau “last call”.
- Boleh dapatkan hasil cepat terutama bila prospek memang dah bersedia nak beli.
Kekurangannya pula:
- Boleh beri tekanan kepada pelanggan.
- Tak sesuai untuk jangka panjang jika digunakan terlalu kerap.
Formula Hard Sell:
- PAS (Problem – Agitate – Solution) “Tudung anak cepat kecut lepas basuh? Kalau macam ni, tiap bulan kena beli baru. TudungScuba TudungSiComel tak kecut walau basuh banyak kali – klik link sekarang!”
- AIDA (Attention – Interest – Desire – Action) “🔥 PROMO TERHAD! Tudung Scuba selesa & awning sentiasa on point. Tinggal 10 helai je! Klik link sekarang!”
Apa Itu Soft Sales?
Soft Sales pula lebih kepada pendekatan halus berkongsi cerita, manfaat dan pengalaman sebenar sebelum mengajak pelanggan membeli.
Contoh ayat soft sales:
- “Dulu anak saya selalu merungut tudung senget bila pakai ke sekolah. Tapi sejak pakai TudungSiComel, dia lebih yakin & selesa setiap pagi.”
- “Ramai mak-mak suka tudung ni sebab tak perlu gosok awning & tak panas, anak-anak pun selesa pakai sampai balik sekolah.”
Kelebihan Soft Sales:
- Mampu membina kepercayaan pelanggan secara konsisten.
- Sangat sesuai untuk medium sosial seperti TikTok, IG dan Facebook.
Kekurangannya:
- Ambil masa untuk hasilkan jualan.
- Perlukan komitmen untuk hasilkan konten berterusan.
Formula Soft Sell:
- Storytelling Cerita pengalaman anak/pelanggan + emosi + solusi + ajak engage
- 4P (Picture – Promise – Proof – Push) “Bayangkan anak ke sekolah dengan tudung yang kekal kemas. Tudung Awning Scuba direka kekal bentuk. Ramai ibu dah cuba. Ibu-ibu pun alami situasi sama?”
Perbezaan Ringkas
Hard Sales | Soft Sales |
---|---|
Terus ajak beli | Cerita dulu, jual kemudian |
Fokus pada harga | Fokus pada manfaat & emosi |
Sesuai untuk urgency | Sesuai untuk bina jenama |
Boleh jadi menekan | Lebih mesra & membina hubungan |
Bila Nak Guna?
Sebagai dropshipper TudungSiComel, penting untuk anda tahu waktu yang sesuai untuk gunakan setiap teknik ini.
Tips Hard Sell:
- Guna waktu gaji/hujung bulan
- Letak urgency: “Freegift untuk 20 orang pertama!”
- Call-To-Action (CTA) jelas: “Klik sekarang!”
- Jangan over–guna CAPS LOCK
Tips Soft Sell:
- Mulakan dengan masalah pelanggan
- Cerita pengalaman sendiri atau customer
- Selit tips/info percuma
- Akhiri dengan soalan/engagement – bukan terus jual
Tips Umum Di Media Sosial
- Campur hard + soft sell dalam posting harian
- Konsisten posting walau konten ringkas
- Guna bahasa mesra, seolah-olah sembang dengan kawan
- Gambar & video berkualiti penting untuk naikkan kredibiliti
- Balas DM/PM dengan cepat → peluang closing lebih tinggi
Gabungkan Untuk Lebih Berkesan
Cara terbaik? Gabungkan kedua-dua teknik.
Contohnya:
🎥 Dalam konten TikTok, mula dengan berkongsi pengalaman anak pakai tudung yang tak senget & lembut (soft).
🛒 Di akhir video, ajak beli dengan ayat “Harga masih promo, klik link di bag kuning tau untuk beli!” (hard).
Penutup
Sebagai jenama yang membekalkan tudung sekolah yang kemas dan selesa kepada ribuan pelanggan seluruh Malaysia, TudungSiComel percaya bahawa pendekatan yang bijak dalam komunikasi akan bantu Rakan Usahawan menjadi lebih yakin dan berkesan dalam jualan.
Gunakan strategi yang sesuai, kenal siapa audiens anda, dan yang paling penting bantu mereka faham kenapa produk kita berbaloi untuk dimiliki.
Semoga bermanfaat!