Panduan Daftar Seller dan Kenali Fungsi Asas Tools Seller Centre Shopee

Untuk Rakan Usahawan yang ingin mula menjual secara serius di platform Shopee, penting untuk tahu cara daftar dengan betul dan kenali fungsi asas yang ada di dalam Shopee Seller Centre.

Panduan Daftar Seller Shopee

Anda boleh rujuk video yang dikongsikan ini.

Kenali Tools di Shopee Seller Centre

Setelah akaun siap, anda akan masuk ke dashboard Shopee Seller Centre. Berikut penerangan fungsi asas mengikut kategori:

1.Order

image 1
  • My Orders: Lihat semua tempahan yang diterima dari pelanggan
  • Mass Ship: Urus penghantaran secara pukal untuk banyak pesanan sekaligus
  • Handover Centre: Rujukan lokasi serahan kepada kurier
  • Return/Refund/Cancel: Lihat dan urus permintaan pemulangan, bayaran balik atau pembatalan
  • Shipping Setting: Tetapkan maklumat penghantaran dan jenis shipping channel yang anda ingin gunakan untuk pilihan pelanggan.

2.Product

image 3
  • My Products: Senarai semua produk yang anda jual, boleh edit, nyahaktif atau padam
  • Add New Product: Tambah produk baharu ke kedai anda

3. Marketing Centre

image 4
  • Marketing Centre: Kawal dan lihat semua aktiviti promosi kedai
  • Cheapest on Shopee: Promosi khas jika anda ingin tawarkan harga terendah
  • Shopee Ads: Iklan berbayar untuk naikkan visibiliti produk dan kedai
  • Affiliate Marketing: Buka peluang untuk affiliate bantu promosikan produk anda
  • Live & Video: Akses untuk buat live streaming jualan dan video konten
  • Discount, Vouchers, Campaign: Buat diskaun sendiri, sertai kempen Shopee dan cipta voucher berdasarkan yang HQ benarkan.
  • International Platform: Urus jualan ke luar negara melalui Shopee Global

4.Customer Service

image 5
  • Chat Management: Balas mesej pelanggan & urus perbualan
  • Chat Broadcast: Hantar mesej promosi kepada pelanggan yang pernah beli
  • Review Management: Lihat dan balas review pelanggan

5.Finance

image 6
  • My Income: Ringkasan pendapatan dari jualan
  • My Balance: Jumlah wang semasa dalam akaun Shopee
  • Quick Funds: Fungsi untuk keluarkan duit lebih cepat ke bank
  • Bank Accounts: Tambah/edit maklumat akaun bank
  • SLoan for Sellers: Pinjaman mikro untuk seller layak dari Shopee

6.Data

image 7
  • Business Insights: Tunjukkan data prestasi jualan, trafik ke kedai dan produk yang paling banyak dilihat atau dibeli. Sangat berguna untuk analisis konten, waktu posting dan perancangan stok.
  • Account Health: Laporan status prestasi akaun anda – termasuk kadar pemprosesan pesanan, kadar balas chat, kadar pembatalan, dan tahap kepuasan pelanggan. Penunjuk utama untuk kekal sebagai seller aktif di Shopee.

7.Shop Information

image 8
  • Shop Information: Papar maklumat asas kedai seperti waktu operasi dan number handphone(optional). Penting untuk pastikan info sentiasa dikemas kini agar pelanggan mudah untuk hubungi atau mendapatkan maklumat tentang cut of time postage.
  • Shop Decoration: Fungsi untuk susun dan reka paparan kedai di aplikasi Shopee. Anda boleh letak banner, susun kategori produk, dan kemas kini visual.
  • Shop Setting: Ubah tetapan umum kedai seperti notifikasi, lokasi penghantaran, pilihan chat, dan kaedah pembayaran.

Dengan mengikuti panduan ini, anda kini dah ada asas untuk mula menjual secara sah & sistematik di Shopee.

Shopee Seller Centre sangat mesra pengguna, dan dengan bantuan dari HQ serta bahan-bahan promosi yang disediakan, anda akan lebih mudah capai jualan pertama.

Selamat maju jaya Rakan Usahawan!

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment