Add-On Deal Shopee

Add-On Deal merupakan antara fungsi diskaun yang ada di seller centre shopee. Ini juga boleh dijadikan sebagai strategi upsale pada pelanggan.

Untuk kita lebih faham Add-on deal ni, kita tengok KFC sebagai contoh:

Mula-mula, kita hanya ingin beli ayam 2 ketul, tapi apabila tiba di kaunter, cashier akan bertanya, “ingin tambah fries dan mashpotato? dapat diskaun sikit”

Haaa ini la add-on deal, tambahan produk sampingan yang dipakejkan dengan produk utama dan memberi sedikit diskaun jika beli produk tambahan itu supaya buyer akan beli lebih lagi dari yang sepatutnya.

DISKAUN ADD ON DEAL

Pihak TudungSiComel membenarkan untuk rakan usahawan yang berniaga dishopee gunakan fungsi diskaun ini dan kita tetapkan maximum discount adalah sebanyak 10%.

Tanggungan diskaun ini pihak HQ tidak memberikan sebarang subsidi dan rakan-rakan boleh gunakan sebagai optional.

Langkah Set Up Add On Deal

1. Log in pada seller centre akaun anda, klik pada bahagian discount dan klik pada paparan create bahagian Add-on Deal.

image

2. Anda boleh pilih Add-on Discount. Masukkan Add-on Discount Name.

Contohnya adalah Inner, kemudian pilih tempoh untuk membuat deal ini.

Selepas itu, masukkan berapa jumlah produk sampingan yang boleh dibeli oleh buyer untuk satu-satu order, sebagai contoh 2,  bermakna buyer hanya boleh beli 2 produk sampingan sahaja untuk satu order.

Kemudian tekan Save.

image 1

3. Seterusnya, pilih Main Products. Tekan + Add Main Products. Main products adalah produk utama yang pelanggan perlu beli untuk dapatkan products add-on.

**Kita cadangkan jadikan semua jenis tudung sekolah sebagai main products.

image 2

4. Pilih produk yang ingin dijadikan produk utama dalam deal ini.

Boleh pilih lebih dari satu. Seterusnya tekan Confirm.

image 3

5. Seterusnya pilih Add-on Products. Klik + Add Add-on Products.

image 4

6. Pilih produk apa yang ingin dijadikan produk add-on untuk buyer beli. Boleh pilih banyak produk. Tekan Confirm selepas selesai.

**Kita cadangkan jadikan inner sebagai products add-on.

image 5

7. Selepas itu, masukkan diskaun yang ingin dibuat untuk setiap produk tambahan ini dan klik Enable bagi variasi produk yang ada.

image 6

8. Selepas itu, tekan Confirm dan siap buat Add-on Discounts.

Rakan-rakan juga boleh tonton langkah-langkah ini melalui video yang kita kongsikan untuk lebih mudah faham.

Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🥰

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment