Affiliate Store Credit

Berita baik kepada rakan-rakan Affiliates. Sekarang kita tambah satu lagi cara pembayaran komisyen affiliate iaitu dengan menggunakan kaedah eWallet (STORE CREDIT).

Ini bermaksud, selain kita buat bayaran secara transfer ke Bank Akaun pada 20hb setiap bulan, rakan-rakan juga boleh request credit ke eWallet (Store Credit) masing-masing.

Dan credit tersebut boleh digunakan untuk pembelian produk di web kita.

KELEBIHAN SISTEM E-WALLET / STORE CREDIT

✅ Anda tidak lagi perlu tunggu sehingga payout cecah RM100.00 yang akan dibayar setiap sebulan sekali. Boleh terus request cashout apabila komisyen cecah serendah min RM50 sahaja ke akaun eWallet anda.

✅ Wang komisyen di eWallet boleh terus digunakan untuk membeli produk pelanggan dan anda tak perlu transfer wang ke TSC. Simpan 100% keuntungan anda.

✅ Jika anda jarang buat jualan, anda tidak perlu risau lagi wang komisyen sangkut di web terlalu lama sebelum boleh dimanfaatkan.

BAGAIMANA UNTUK AKTIFKAN STORE KREDIT?

1. Masuk ke Dashboard Affiliate dan kemudian cari menu Settings. Kemudian klik dan enablekan Payout via Store Credit HANYA sekiranya anda nak credit masuk ke akaun eWallet anda.

Jika anda nak cash(transfer bank), JANGAN klik pada butang enable tersebut.

⚠️ Langkah ini penting supaya kita dapat creditkan komisyen terkumpul anda ke eWallet anda. Jika anda tidak enablekan, sistem tidak akan menghantar wang ke eWallet anda.

Sila enablekan terlebih dahulu sebelum anda request payout ke eWallet anda.

WhatsApp Image 2022 01 17 at 12.05.19 PM

2. Kemudian apabila HQ buat bayaran (Payout), anda akan lihat eWallet anda akan berlaku pertambahan credit. Rujuk menus statistics.

WhatsApp Image 2022 01 17 at 12.06.04 PM

BAGAIMANA NAK BUAT BAYARAN GUNAKAN STORE CREDIT?

1. Semasa checkout, akan ada notis seperti gambarajah di bawah. Dan kemudian tekan butang Apply.

2. Kemudian anda akan lihat, jumlah keseluruhan akan ditolak dalam bentuk coupun dicount. Mudah sahaja.

WhatsApp Image 2022 01 17 at 12.07.59 PM

SOALAN LAZIM?

1. Boleh ke saya nak payout awal menggunakan Store Credit?

Boleh, sila wasap admin akaun(klik butang di bawah) untuk kita transfer credit ke akaun e-Wallet anda. Minimum Payout cuma RM50 sahaja. Maksudnya apabila cecah RM50, anda boleh whatsapp admin akaun (Pn Marina) untuk bantu transfer ke eWallet anda.

2. Berapa lama credit akan masuk ke eWallet?

Credit akan masuk secara terus / bergantung kepada bila admin Marina buat transaksi (Isnin – Jumaat / 10pg – 5ptg).

3. Boleh ke saya nak masukan separuh sahaja atau jumlah tertentu ke dalam eWallet dari baki akaun komisyen saya?

Buat masa sekarang belum boleh lagi. System akan transfer jumlah berbaki keseluruhan ke akaun e-Wallet anda. In shaa Allah di masa akan datang mungkin boleh dan kita akan update dari masa ke semasa.

REQUEST PAYOUT TO E-WALLET

Sila pastikan:

✅ Komisyen terkumpul anda RM50 atau lebih
✅ Anda telah enablekan Payout via Store Credit (rujuk langkah 1).

Kemudian mohon sertakan butiran di bawah pada whatsapp nanti:

1. Email anda.
2. Username anda.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

2 thoughts on “Affiliate Store Credit”

  1. salam.. saya punya komisen lama sangat saya tunggu.. last2 saya terlupa.. bila tengok balik saya masih letak banner tudung sicomel di blog saya dan saya cuba login tapi tak lepas.. komisen saya ada dalam rm100 dah tapi masa tu en khairuddin kata tak boleh keluar lagi sebab kat sistem belum cukup rm100.. so saya biarkan je dulu.. ni nak login tiba2 TAK BOLEH

    Reply
    • Salam puan, terima kasih. Jika tak keberatan boleh puan berhubung dengan puan Marina Bahagian Akaun kita untuk semakan dan bayaran ^_^

      wasap.my/60122469703

      Terima kasih puan =D

      Reply

Leave a Comment