Challenge 14 Hari: Lengkapkan 50 Order & Menang Tumbler

HQ dengan semangatnya nak anjurkan satu challenge khas untuk kita sama-sama “gear up” jualan hujung tahun iaitu Challenge 14 Hari Lengkapkan 50 Order & Menang Tumbler!

Cabaran ini sangat mudah dan terbuka untuk SEMUA rakan usahawan, tak kira baru atau lama bersama TudungSiComel. Yang penting, anda komited untuk capai sasaran 50 order dalam tempoh 14 hari.

Objektif

  • Tingkatkan fokus & momentum jualan hujung tahun
  • Latih konsistensi & disiplin dalam mengurus order
  • Motivasi diri untuk capai target harian

Tempoh Challenge

1 Disember 2025 hingga 14 Disember 2025

Dalam tempoh 14 hari ini, rakan-rakan hanya perlu kumpulkan jumlah 50 tempahan.
Kalau berjaya capai 50 order lebih awal, boleh terus claim hadiah dengan Admin Mira dan tak perlu tunggu sehingga 14 Disember.

Cara Penyertaan

1. Catatkan Order ID Setiap Tempahan

HQ akan sediakan borang untuk anda masukkan rekod order setiap hari.

  • Jika anda submit order di HQ, gunakan Order ID yang terpapar di sistem sama ada web ejen atau web sync.
  • Jika anda uruskan stok sendiri atau dapat tempahan manual, anda boleh isikan nama pelanggan anda sendiri sebagai Order ID. Ini memudahkan HQ untuk rujuk dan semak bila claim hadiah nanti.

2. Tiada Minimum Pembelian

  • Minimum hanya sehelai item produk TudungSiComel(tidak termasuk sticker)

Asalkan satu order = satu rekod, semuanya diterima sebagai challenge.

Hadiah Untuk Yang Berjaya

Semua rakan usahawan yang berjaya lengkapkan 50 tempahan dalam tempoh challenge akan menerima:

WhatsApp Image 2025 11 25 at 15.04.12 1

Tumbler Eksklusif TudungSiComel

Merchandise khas HQ, limited edition dan tidak dijual di mana-mana. Hadiah ini sebagai tanda penghargaan kepada anda yang berusaha keras dan konsisten.

Badge Reward

FRAME PROFILE PERSONAL SHOPEER TSC

Sebagai penghargaan tambahan, rakan-rakan yang berjaya mencapai 50 tempahan dalam tempoh challenge akan menerima edit khas pada cover photo Wakil Sah lengkap dengan label “Top Achiever”.

Ia bukan saja menaikkan kredibiliti anda, tetapi juga memberi awareness kepada pelanggan yang melihat profile anda. Nampak lebih trusted & profesional!

Link Borang Rekod Order

(Penyertaan telah ditutup)

HQ percaya setiap rakan usahawan mampu capai 50 order dalam 14 hari, asalkan fokus & konsisten.

Jika ada pertanyaan, boleh terus hubungi Admin Mira ya 💛

FAQ?

1. Jika saya berjaya lengkapkan 50 tempahan dalam tempoh 2 hari dari tarikh berlangsung, kena tunggu 14 Disember ke untuk claim ?
Boleh terus claim pada hari yang sama anda telah capai lengkapkan order tersebut dan hubungi admin Mira untuk kita semak pada borang penyertaan.

2. Siapa yang boleh sertai?
Semua Rakan Usahawan TudungSiComel yang berdaftar sahaja.

3. Jika pelanggan buat combine order, adakah dikiran 2 tempahan?
Hanya dikira sebagai 1 tempahan sahaja.

4. Jika saya aktif promosikan produk menerusi affiliate di TikTok boleh sertai ke?
Tidak boleh, hanya untuk jualan secara dropship sahaja.

5. Jika saya berjaya lengkapkan 100 tempahan dalam tempoh 14 hari, adakah saya akan terima 2 tumbler ?
Tidak, anda hanya terima 1 tumbler sahaja.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment