Dari Rakan Usahawan Untuk TudungSiComel

WhatsApp Image 2025 05 15 at 11.55.56

Di TudungSiComel, kami percaya bahawa setiap Rakan Usahawan memainkan peranan besar dalam menaikkan lagi brand TudungSiComel dan mencapai kejayaan bersama.

Sepanjang anda bersama kami, sudah tentu banyak idea, cadangan dan pandangan bernas yang mungkin terlintas di fikiran anda.

Jadi, bulan ini kami buka ruang istimewa untuk anda suarakan idea-idea melalui aktiviti khas:

“Kalau Saya Jadi HQ…”

Satu ruang untuk anda berkongsi idea, cadangan atau inisiatif yang anda rasa boleh dilaksanakan oleh pihak HQ demi manfaat bersama.

Objektif Aktiviti Ini

  • Memberi peluang kepada Rakan Usahawan menyumbang idea dalam pembangunan bisnes.
  • Menggalakkan semangat kolaborasi dua hala antara HQ dan Rakan Usahawan TudungSiComel.
  • Menambahbaik sistem, promosi atau program yang sedang berjalan.

Apa Yang Anda Perlu Buat?

  1. Fikirkan satu idea atau cadangan, seolah-olah anda adalah pihak HQ.
    – Contohnya berkaitan promosi, reward, aktiviti mingguan, sistem dropship dan lain-lain.
  2. Tulis idea tersebut secara ringkas (tak lebih 100 patah perkataan).
    – Tak perlu panjang atau terlalu formal. Asalkan jelas dan mudah difahami.
  3. Isi borang Google Form yang kami sediakan.
  4. Hantar penyertaan anda sebelum tarikh tutup:
    23 Mei 2025 [Jumaat]

Klik sini untuk penyertaan (penyertaan telah ditutup) :

Apa Ganjarannya?

Idea anda mungkin akan dipertaimbangkan dan kita akan cuba merealisasikan dalam setiap proses penambahbaikan TudungSiComel.


HQ akan memilih 5 idea terbaik untuk diberikan hadiah istimewa, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan idea bernas anda.

Kami Sedia Mendengar

Ini adalah ruang anda untuk bercakap, berkongsi dan membina.
HQ mendengar bukan sekadar untuk mendengar — tapi untuk bertindak.

Jadi, jom kita cipta sesuatu yang hebat bersama.

Kerana anda bukan sekadar dropship, anda adalah sebahagian daripada keluarga TudungSiComel

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment