---
title: Harga kombo tue sah sampai bila?
description: "Harga kombo dan [promosi free shipping](https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/macamana-nak-claim-free-shipping/) setakat ini valid sepanjang tahun. Tujuan kita wujudkan harga kombo dan free shipping adalah untuk membantu memudahkan rakan-rakan closing sale. Kadang-kadang pelanggan akan tanya, “Takda promosi ke? Alaa beli banyak ni, takkan takda special...”…"
url: "https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/harga-kombo-tue-sah-sampai-bila/"
updated: "2026-09-11"
category: FAQ Promosi
---

# Harga kombo tue sah sampai bila?

Harga kombo dan [promosi free shipping](https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/macamana-nak-claim-free-shipping/) setakat ini valid sepanjang tahun.

Tujuan kita wujudkan harga kombo dan free shipping adalah untuk membantu memudahkan rakan-rakan closing sale.

Kadang-kadang pelanggan akan tanya, “Takda promosi ke? Alaa beli banyak ni, takkan takda special...”

Jadi, **secara default anda digalakkan pilih salah satu sahaja** daripada promosi ini, sama ada harga kombo **ATAU** Free Shipping. Ini kerana diskaun tersebut akan ditanggung oleh anda sendiri dan kita tidak mahu keuntungan anda menjadi terlalu sedikit.

### Boleh ke jika saya nak bagi kedua-duanya?

Boleh, HQ tidak menghalang sekiranya anda sendiri bersedia menanggung diskaun tersebut. Namun pastikan anda semak dahulu margin keuntungan supaya anda tidak rugi atau untung terlalu sedikit.

### Ada apa-apa kupon ke dari HQ?

Untuk promosi kombo tiada sebarang kupon. Ia atas tanggungan dan budi bicara anda sendiri.

### Mana nak dapatkan gambar promosi kombo?

![Promosi Kombo](https://usahawan.tudungsicomel.com/wp-content/uploads/2023/01/image-20.png)

Anda boleh dapatkan gambar terkini di Group Telegram Copywriting kita.

Semoga membantu 🥰
