---
title: Pelanggan Shopee Nak Tukar Tudung?
description: "Jika pelanggan di Shopee anda ingin membuat pertukaran tudung sama ada untuk menukar saiz, warna atau jenis bagi tudung yang telah diterima, HQ **cadangkan** untuk anda ikut sahaja prosedur Shopee. Minta pelanggan klik butang **Return & Refund** dan **buat tempahan…"
url: "https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/pelanggan-shopee-nak-tukar-tudung/"
updated: "2026-09-11"
category: Khidmat Pelanggan
---

# Pelanggan Shopee Nak Tukar Tudung?

Jika pelanggan di Shopee anda ingin membuat pertukaran tudung sama ada untuk menukar saiz, warna atau jenis bagi tudung yang telah diterima, HQ **cadangkan** untuk anda ikut sahaja prosedur Shopee.

Minta pelanggan klik butang **Return & Refund** dan **buat tempahan semula** berdasarkan tudung yang dikehendaki. Ini memudahkan kedua-dua pihak dan biasanya tidak melibatkan caj tambahan.

### 6 Langkah Mudah Return & Refund

1. Pelanggan hubungi anda untuk penukaran tudung.
2. Penjual cadangkan pelanggan klik **Return & Refund** pada tempahan dan pilih sebab **“change of mind”**.
3. Selepas pelanggan submit, penjual akan terima notifikasi. Tekan **More → Wait for Return → Next → Confirm**.
4. Pelanggan akan terima AWB untuk return semula item tersebut kepada penjual. AWB tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak kurier.
5. Pelanggan pack item dan drop off berdasarkan kurier yang diberikan dalam **tempoh 5 hari** dari tarikh request.
6. Penjual terima item yang dipulangkan dan seterusnya pihak Shopee akan refund kepada pelanggan. Selepas barang diterima, barulah tekan butang refund.

### FAQ

**1. Boleh ke kita minta pelanggan berurusan di luar Shopee?**
 Boleh, namun kos penghantaran semula tudung kepada penjual dan kos penghantaran tudung gantian perlu ditanggung. Sebab itu menggunakan prosedur Shopee biasanya lebih mudah dan menjimatkan.

**2. Untuk produk defect, boleh buat pertukaran warna dan saiz ke?**
 Boleh kerana produk defect juga termasuk dalam **Jaminan 180 Hari**. Setiap tudung boleh ditukar, namun **kos penghantaran pemulangan dan penghantaran semula adalah atas tanggungan pelanggan sendiri**.

Untuk pertukaran produk defect, jika pilihan “change of mind” tidak tersedia di Shopee, pelanggan dan penjual boleh selesaikan proses pertukaran di luar Shopee.

Apa-apa keputusan sekalipun, **PASTIKAN PELANGGAN GEMBIRA** 😊
