---
title: Prosedur Penerimaan Tempahan Shopee / Lazada / Tiktok
description: "Sekiranya anda ada menerima tempahan menerusi Shopee / Lazada / Tiktok, dan anda ingin membuat tempahan secara manual di web agen.niagadirumah.com, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah: ## Langkah 1 : Arrange Shipment Tempahan Anda boleh semak pada tempahan…"
url: "https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/prosedur-penerimaan-tempahan-shopee-lazada-tiktok/"
updated: "2025-08-12"
category: Shopee / Lazada / Tiktok
---

# Prosedur Penerimaan Tempahan Shopee / Lazada / Tiktok

Sekiranya anda ada menerima tempahan menerusi Shopee / Lazada / Tiktok, dan anda ingin membuat tempahan secara manual di web agen.niagadirumah.com, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah:

## Langkah 1 : Arrange Shipment Tempahan

Anda boleh semak pada tempahan yang diterima kemudian perlu klik pada paparan order tersebut arrange shipment untuk dapatkan air way bill tempahan tersebut.

Selepas anda dah klik arrangeshipemnt, download awb tersebut untuk disubmit pada web agen.

## Langkah 2 : Log in Ke Akaun Anda

Log in dahulu ke account [agen.niagadirumah.com](https://agen.niagadirumah.com/my-account/) anda untuk mendapatkan harga istimewa dropship.

## Langkah 3 : Submit Tempahan

Seteleah selesai add to cart tempahan pelanggan dan proceed to check out, attach **AWB pelanggan** di ruangan yang disediakan

**Pastikan AWB yang disertakan adalah sama seperti penerima tempahan Shopee / Lazada / Tiktok anda

![image 86](https://usahawan.tudungsicomel.com/wp-content/uploads/2022/11/image-86-1024x190.png)

### Langkah 3 : Klik Pilihan Shopee / Lazada / Tiktok

![image 88](https://usahawan.tudungsicomel.com/wp-content/uploads/2022/11/image-88.png)

Anda perlu tick sahaja pada kotak kecil yang tertera "**Upload awb shopee/lazada/tiktok**" semasa membuat tempahan seperti gambar di atas.

Kemudian pada butiran pelanggan, masukkan nama pelanggan sahaja pada bahagian Bil & Shipping untuk team bungkus membuat semakan tempahan tersebut match berdasarkan AWB yang anda attachkan pada tempahan tersebut 🥰

No telefon boleh letak no pelanggan atau no anda. Tiada masalah

Seterusnya boleh buat pembayaran untuk team proses tempahan tersebut.

In shaa Allah, kita akan cuba utamakan penghantaran agar urusan pembungkusan shopee / lazada / tiktok tidak lewat dari 24 jam.

Jika anda masih belum sertai group support Rakan Usahawan Shopee / Lazada / Tiktok TudungSiComel boleh sertai dgn klik butang biru di bawah:

  [GROUP SUPPORT SHOPEE / lazada / tiktok SELLER](https://chat.whatsapp.com/CTXC2BlhBbMCSjQ1KjOMJg)

Selamat meroket 😊
