---
title: "Prosedur Pertukaran & Pemulangan"
description: "Sekiranya tempahan puan menghadapi sebarang masalah, ini adalah panduan menyelesaikan masalah tersebut. Jangan panik ya 😊 ### 1. Saiz Tak Sesuai Jika pelanggan beli tudung tetapi saiz tak sesuai, maklumkan pada admin ID Tempahan, jenis tudung, warna dan saiz yang…"
url: "https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/prosedur-pertukaran-pemulangan/"
updated: "2026-09-11"
category: Khidmat Pelanggan
---

# Prosedur Pertukaran & Pemulangan

Sekiranya tempahan puan menghadapi sebarang masalah, ini adalah panduan menyelesaikan masalah tersebut. Jangan panik ya 😊

### 1. Saiz Tak Sesuai

Jika pelanggan beli tudung tetapi saiz tak sesuai, maklumkan pada admin ID Tempahan, jenis tudung, warna dan saiz yang ingin ditukar.

Kita akan terus buat penghantaran baru saiz yang sesuai kepada pelanggan. Jika pelanggan ada kelapangan, boleh pulangkan semula kepada HQ sama ada walk-in atau melalui pos.

### 2. Item Ada Defect

Jika item yang diterima ada masalah, mohon terus maklumkan pada admin dan kita akan buat penghantaran baru gantian.

Item yang ada defect tak perlu dipulangkan dan kita hadiahkan sahaja pada pelanggan.

### 3. Salah Pos Tempahan

Jika item yang diterima tak sama seperti yang ditempah, mohon maklumkan pada admin dan kita akan buat penghantaran tudung gantian.

Jika pelanggan ada kelapangan, boleh pulangkan semula item yang salah tersebut. Sekiranya tempahan menerusi Shopee / Lazada / TikTok, boleh gunakan feature mereka.

### 4. Tak Berpuas Hati dan Nak Refund

Jika pelanggan tak berpuas hati dengan item yang diterima dan ingin refund, boleh maklumkan pada admin butiran ID tempahan untuk semakan, maklumat akaun bank pelanggan dan kos yang perlu dibuat pemulangan wang untuk HQ terus buat bayaran kepada pelanggan.

Pemulangan wang adalah untuk harga item yang dibeli sahaja dan tidak termasuk kos postage semasa proses belian.

Contohnya pelanggan menempah sehelai tudung sekolah awning scuba RM19.90 dan kos postage RM5. Walaupun jumlah dibayar RM24.90, kita akan refund harga item sahaja iaitu RM19.90. Kos postage tidak termasuk dalam jaminan refund.

Kemudian boleh minta pelanggan pulangkan item dan kita akan bayar sekali kos postage pemulangan kepada pelanggan.

### 5. Produk Defect

Bagi produk defect, ada jaminan 180 hari seperti point nombor 1 hingga 4 di atas. Namun kos postage pemulangan ke HQ dan kos penghantaran semula kepada pelanggan adalah tanggungan pelanggan sendiri.

### 6. Produk Return

Jika pemulangan item daripada pelanggan adalah kepada alamat anda, kos pemulangan item ke HQ adalah tanggungan anda sendiri.

Disarankan alamat return adalah alamat HQ jika anda tidak menyimpan stok.

### 7. Hubungi Admin

Maklumkan pada **011-56493906 (Admin Alin)** ID Tempahan dan masalah yang berlaku sama ada penukaran atau pemulangan.

Waktu operasi: **Isnin – Jumaat, 9 pagi – 6 petang**. Jika ada masalah, mohon maklum awal sebelum jam 5.45 petang.

Jika di luar waktu operasi, boleh maklumkan pada pelanggan yang puan akan semak dengan HQ apabila tiba waktu operasi.

### Alamat Penghantaran ke HQ

**TudungSiComel.com**
 SBZ Prima Sdn. Bhd (1212800H)
 G-081 (ground floor), Season Square,
 Jalan PJU10/3, Damansara Damai,
 47830 Petaling Jaya, Selangor
 011-56493906

Apa-apa keputusan sekalipun, **PASTIKAN PELANGGAN GEMBIRA** 😊
