Fungsi Bump Produk Di Shopee

FUNGSI BUMO PRODUK SHOPEE TSC 1

Apa itu Bump?

Fungsi Bump membolehkan anda menaikkan kedudukan listing produk anda ke page hadapan semula untuk meningkatkan jumlah tontonan dan meningkatkan potensi jualan.

Apabila ramai penjual yang listingkan produk yang sama di Shopee, listing produk anda mungkin akan jatuh tenggelam jauh ke bawah dan kebarangkalian produk anda dapat dilihat oleh pelanggan akan berkurangan.

Jadi inilah fungsi bump, untuk menaikan semula listing produk anda ke bahagian atas page di Shopee.

Ada dua kaedah bump, samaada anda melakukan secara manual atau secara automatik menggunakan servis percuma dari BigSeller.

A. BUMP Produk SECARA MANUAL

Langkah 1: Log in ke akaun seller centre anda kemudian klik pada my products.

image 2

Langkah 2: Selepas klik paparan my products, akan keluar paparan setiap products yang ada masukkan di shopee.

Klik pada product yang anda nak bump.

Seperti contoh dibawah, pada products tersebut dibahagian kanan, klik button more kemudian klik bump now

image 3

Langkah 3: Kemudian akan keluar masa iaitu produk yang telah di klik bump akan di bump selama 4jam.

Setiap penjual mempunyai 5 slot. Anda boleh bump sehingga 5 produk pada satu-satu masa.

Setiap slot boleh digunakan selama 4 jam. Anda boleh bump semula produk selepas tempoh masa cukup selama 4 jam semula

image 4

B. AUTO BUMP Produk MENGGUNAKAN BIG SELLER

BigSeller

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memudahkan kita bump produk di shopee setiap 4 jam adalah dengan menggunakan servis percuma auto bump dari pihak BigSeller.

Selain bump, ianya juga dikenali sebagai ‘boost’.

Anda boleh mendaftar akaun dengan BigSeller terlebih dahulu dan kemudian login ke Dashboard mereka.

Langkah 1: Anda klik pada menu Dashboard dan akan keluar paparan begini. Kemudian anda ‘Connect Store Shopee’ anda terlebih dahulu.

image 6

Langkah 2: Setelah anda berjaya connect store anda, akan terpapar sub-menu ‘Boost Management’.

image 7

Langkah 3: Kemudian akan terpapar paparan seperti di bawah. Kemudian klik butang Action.

image 8

Langkah 4: Kemudian anda boleh pilih produk mana yang anda nak boost kan.

image 11

Langkah 5: Namun pada sebilang masa, hanya boleh pin kan 5 produk yang anda nak boostkan sahaja. Kemudian tekan butang SAVE.

image 10

Langkah 6: Jangan lupa juga, activekan butang Status nie juga ya.

image 12

Itu sahaja. Mudah kan?

Paparan ini mungkin akan berubah-rubah jika pihak BigSeller update paparan Dashboard mereka, namun anda boleh godek-godek dan cari butang boost management tersebut.

Ini sekadar panduan asas dan anda boleh juga godek-godek dashboard BigSeller kerana mereka ada banyak fungsi yang boleh memudahkan anda berniaga di Shopee/Lazada/Tiktok juga 🥰

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment