
Dalam dunia bisnes online yang semakin pantas, komunikasi yang cepat dan profesional adalah kunci utama untuk closing lebih banyak jualan. Salah satu tools yang sangat membantu Rakan Usahawan TudungSiComel ialah WhatsApp Business.
Jadi, kami kongsikan panduan ringkas cara setting WhatsApp Business dan kelebihan utama yang boleh bantu tingkatkan kredibiliti dan prestasi jualan anda.
Apa Itu WhatsApp Business?
WhatsApp Business adalah versi khas WhatsApp yang direka untuk pemilik bisnes. Ia mempunyai fungsi tambahan yang tak ada pada WhatsApp biasa, seperti profil bisnes, quick replies, auto-reply dan katalog produk.
Langkah Mudah Setting WhatsApp Business
1. Muat Turun Aplikasi WhatsApp Business
- Cari “WhatsApp Business” di Google Play Store atau App Store dan muat turun seperti biasa.
2. Daftar Akaun
- Gunakan nombor telefon bisnes (atau nombor peribadi yang digunakan untuk bisnes).
- Masukkan kod pengesahan yang dihantar.
3. Isi Profil Perniagaan
- Klik ikon 3 titik > Settings > Business Tools > Business Profile.
- Masukkan maklumat penting seperti:
- Nama Bisnes (Contoh: TudungSiComel – Kak Aina)
- Kategori: Shopping & Retail
- Alamat (jika ada)
- Waktu operasi
- Emel & laman web (jika ada)
4. Setting Ciri-Ciri Penting
a. Greeting Message (Auto Greet)
- Beri salam atau ucapan automatik kepada pelanggan baru.
- Contoh: “Assalamualaikum 😊 Terima kasih kerana hubungi Kak Aina dari TudungSiComel. Tuan/Puan boleh nyatakan apa yang ingin dibantu?”
b. Away Message (Auto Reply bila offline)
- Maklumkan pelanggan jika anda sedang offline.
- Contoh: “Maaf, waktu ini Kak Aina sedang offline. Kak Aina akan balas secepat mungkin ya ”
c. Quick Replies
- Jimat masa dengan ayat siap sedia.
- Contoh: Taip “/harga” → automatik keluar “Harga tudung bermula RM19.90 sahaja. Combo lebih jimat!”
d. Label Pelanggan
- Kategorikan pelanggan seperti:
- Pelanggan Baru
- Belum Bayar
- Dah Pos
- Repeat Order
e. Katalog Produk
- Masukkan gambar, nama, dan harga tudung.
- Pelanggan boleh tengok semua jenis tudung secara terus dalam WhatsApp!
Kelebihan Guna WhatsApp Business untuk Dropship
1.Nampak Lebih Profesional
Pelanggan lebih yakin bila nampak profil bisnes lengkap dan balasan automatik yang tersusun.
2.Urus Pelanggan dengan Lebih Teratur
Label dan katalog bantu anda tahu siapa dah beli, siapa perlu follow up, dan produk mana yang mereka minat.
3.Auto Reply = Respon Pantas
Walaupun anda sibuk, pelanggan tetap dapat respon. Ini kurangkan risiko pelanggan “lari”.
4.Mudah Close Sale & Buat Follow Up
Dengan quick replies, anda tak perlu taip ayat sama berulang kali. Jimat masa.
5.Statistik Chat
Boleh lihat berapa banyak mesej dihantar, dibaca dan diterima – bantu anda pantau prestasi komunikasi.
Moga panduan ini bermanfaat untuk rakan-rakan gunakan.