Hadiah Scan QR Code

Untuk setiap tempahan yang wakil TudungSiComel terima melalui sistem HQ, untuk diposkan, team akan selitkan sekali dengan flyers Scan QR hadiah misteri (berdasarkan stock yang masih ada).

Objektif

Ini adalah inisiatif dari HQ untuk menjadikan pelanggan tersebut membuat tempahan berulang kali “repeat order” pada wakil jualan TudungSiComel kerana, syarat untuk tebus hadiah tersebut adalah pada pembelian yang seterusnya iaitu “next order“.

Untuk hadiah tersebut, 100% adalah tanggungan dari pihak HQ tanpa kenakan sebarang cas pada wakil jualan TudungSiComel.

Untuk flyers ini, pelanggan akan terima mengikut medium pembelian yang dibuat.

1.Flyers Tempahan Retail

Tempahan yang di submit ke sistem tudungsicomel.com, melalui wasap, facebook, serta platform lain akan dimasukkan flyers seperti paparan dibawah.

f5666dbb 7058 41f1 a414 fb382ad2b2fd 1

2. Flyers Tempahan Shopee/Lazada/TikTok

Untuk tempahan ini, kita masukkan flyers berbeza dimana jika pelanggan tidak berpuas hati dengan tempahan yang diterima, mereka akan menghubungi anda terlebih dahulu.

Seterusnya, kita juga meminta pelanggan untuk memberikan rating pada shop anda dimana ia dapat membantu menaikkan rating shop sebagai persediaan mengahadapi peperangan back to school yang akan datang.

WhatsApp Image 2024 10 25 at 16.11.38

Cara Pelanggan Nak Tebus Hadiah

Apabila pelanggan menerima flyers dan scan qr code pada flyers tersebut, satu paparan butiran seperti nama, no telefon dan email akan keluar. Paparan butiran ini perlu di isi oleh pelanggan. Setelah butiran selesai di isi, pelanggan perlu klik pada medium pembelian yang telah di buat sebelum ini.

Selepas itu, pelanggan akan terima email dan perlu klik pada kotak maklum balas (di dalam kotak berwarna ungu) dahulu sebelum menerima email hadiah misteri.

Maklum Balas

image 18

1. Pembelian dari Shopee, LAZADA & TikTok Web Sync

Untuk pelanggan yang membuat pembelian dari platform merchant seperti Shopee/Lazada/Tiktok, penebusan perlu melalui chat seller untuk menebus hadiah tersebut, dan anda perlu memaklumkan pada pelanggan, untuk meletakkan ayat ini pada bahagian order remark.

CLAIM INNER RAINBOW

Kemudian sebelum check out pada platform pembelian, masukkan ayat yang dinyatakan pada bahagian seperti paparan gambar dibawah.

Bahagian order remark pembelian di Shopee :

image 8

Bahagian order remark pembelian di TikTok :

image 9

Apabila tempahan masuk ke dalam sistem web sync, ia akan akan dipaparkan pada bahagian air way bill untuk team rujuk.

2. Pembelian Menerusi Wakil Jualan TudungSiComel (Termasuk shopee/lazada/tiktok)

Untuk wakil jualan TudungSiComel, apabila pelanggan memaklumkan berkenaan ingin menebus hadiah misteri melalui flyers yang diterima. Anda perlu menghubungi admin Alin untuk maklumkan penebusan hadiah misteri pelanggan.

Jadi, jika anda hendak submit tempahan pelanggan yang ingin redeem free inner, admin Alin akan sharekan code kupon untuk anda gunakan semasa redeem inner tersebut.

Kod kupon tersebut perlu dimasukkan diruangan kod kupon semasa membuat tempahan pelanggan agar pelanggan menerima item redeem inner tersebut dan add to cart pilihan warna inner yang pelanggan nak.

FAQ?

1.Bagaimana jika saya beli tudung untuk diri sendiri dan terima flyers ini, adakah layak untuk redeem hadiah tersebut?
J: Anda layak tebus walaupun untuk belian diri sendiri. Dan untuk pilihan pembelian sebelum ini anda boleh klik belian melalui agent untuk dapatkan code tersebut.

2. Bagaimana jika saya kumpul order untuk kawan2 sekerja atau kawasan tempat tinggal saya, dan pos ke alamat saya dan hanya terima 1 flyers qr sahaja ke ?
J: Anda boleh maklumkan pada admin Alin berapa flyers yang diperlukan untuk diberikan kepada pelanggan anda.

3.Boleh ke saya atau pelanggan redeem flyers qr ini lebih dari sekali ?
J: Untuk setiap 1 flyers qr yang diterima, hanya layak tebus sekali sahaja. Kejujuran dan sifat amanah kami letakkan pada anda.

4. Belian menerusi web sync perlu masukkan apa2 kod kupon ke oleh pelanggan ?
J: Tidak perlu , anda boleh rujuk panduan di atas melalui tempahan shopee iaitu mereka perlu take noted remark yang perlu diisi sebelum membuat pembayaran.

Semoga inisiatif ini dapat membantu rakan2 membuat sale yang baik. Aamiin 🥰

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment