Dalam dunia bisnes, strategi pemasaran yang digunakan memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada kita dapat tarik pelanggan atau tidak.
Dua pendekatan utama yang sering digunakan dalam promosi produk ialah Hard Sales dan Soft Sales. Kedua-duanya ada tempat dan fungsi tersendiri dan yang penting ialah tahu bila dan bagaimana cara penggunaannya.
Apa Itu Hard Sales?
Hard Sales merujuk kepada teknik jualan terus yang memberi tekanan kepada pelanggan untuk buat keputusan segera.
Ia biasanya digunakan dengan ayat-ayat promosi yang lebih agresif dan padat seperti:
- “Tudung sekolah RM19.90 je! Siapa nak, komen sekarang!”
- “Harga naik lepas 16 Julai, cepat grab sekarang!”
Kelebihan Hard Sales:
- Sesuai untuk promosi besar atau “last call”.
- Boleh dapatkan hasil cepat terutama bila prospek memang dah bersedia nak beli.
Kekurangannya pula:
- Boleh beri tekanan kepada pelanggan.
- Tak sesuai untuk jangka panjang jika digunakan terlalu kerap.
Apa Itu Soft Sales?
Soft Sales pula lebih kepada pendekatan halus berkongsi cerita, manfaat dan pengalaman sebenar sebelum mengajak pelanggan membeli.
Contoh ayat soft sales:
- “Dulu anak saya selalu merungut tudung senget bila pakai ke sekolah. Tapi sejak pakai TudungSiComel, dia lebih yakin & selesa setiap pagi.”
- “Ramai mak-mak suka tudung ni sebab tak perlu gosok awning & tak panas, anak-anak pun selesa pakai sampai balik sekolah.”
Kelebihan Soft Sales:
- Mampu membina kepercayaan pelanggan secara konsisten.
- Sangat sesuai untuk medium sosial seperti TikTok, IG dan Facebook.
Kekurangannya:
- Ambil masa untuk hasilkan jualan.
- Perlukan komitmen untuk hasilkan konten berterusan.
Perbezaan Ringkas
Hard Sales | Soft Sales |
---|---|
Terus ajak beli | Cerita dulu, jual kemudian |
Fokus pada harga | Fokus pada manfaat & emosi |
Sesuai untuk urgency | Sesuai untuk bina jenama |
Boleh jadi menekan | Lebih mesra & membina hubungan |
Bila Nak Guna?
Sebagai dropshipper TudungSiComel, penting untuk anda tahu waktu yang sesuai untuk gunakan setiap teknik ini.
Gunakan Hard Sales bila:
- Ada promosi tamat tempoh (contoh: harga naik lepas 16 Julai).
- Ada harga kombo.
- Sasaran anda adalah pelanggan yang dah sedia nak beli.
Gunakan Soft Sales bila:
- Buat konten harian di TikTok/FB/IG.
- Sasaran anda adalah prospek baru yang belum kenal jenama.
- Nak bina kepercayaan dan kredibiliti dalam jangka panjang.
Gabungkan Untuk Lebih Berkesan
Cara terbaik? Gabungkan kedua-dua teknik.
Contohnya:
🎥 Dalam konten TikTok, mula dengan berkongsi pengalaman anak pakai tudung yang tak senget & lembut (soft).
🛒 Di akhir video, ajak beli dengan ayat “Harga masih promo, klik link di bag kuning tau untuk beli!” (hard).
Penutup
Sebagai jenama yang membekalkan tudung sekolah yang kemas dan selesa kepada ribuan pelanggan seluruh Malaysia, TudungSiComel percaya bahawa pendekatan yang bijak dalam komunikasi akan bantu Rakan Usahawan menjadi lebih yakin dan berkesan dalam jualan.
Gunakan strategi yang sesuai, kenal siapa audiens anda, dan yang paling penting bantu mereka faham kenapa produk kita berbaloi untuk dimiliki.
Semoga bermanfaat!