JIKA PELANGGAN KOMPLAIN DAN MARAH-MARAH 😔

Jika pelanggan komplain, jangan risau…bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Bangun dari kerusi dan bancuh air milo, minum sambil melihat kehijauan di luar jendela. Disarankan juga terus mengambil wudhu. Jangan terus jawap kerana nanti kita akan menjawap dalam keadaan kita sedang ‘defensive mode’ dan ianya kurang baik.

Walaupun kita banyak menerima pujian ehem ehem hehe… kadangkala kita tetap akan terima kritikan/komplain samaada tudung tidak sesuai, tersalah hantar size/ produk, pos laju keciciran dan lain-lain masalah.

Walau bagaimana sekalipun kita cuba mengelaknya, ianya tetap akan berlaku. Kadangkala kita akan berjumpa dengan pelanggan yang cerewet dan ada juga yang sangat cerewat hehe… itu lumrah berniaga hehe…

Apa yang kita boleh buat adalah kita akan berusaha untuk KURANGKAN kes-kes tersebut sekurang mungkin.

Jika pelanggan marah-marah, diam dan dengar luahan perasaan beliau. Ingat, kita berurusan dengan pelanggan WANITA, mereka inginkan PERHATIAN. Jangan dilawan cakapnya…🙅🏻‍♀

Kita sambut komplain mereka dengan ayat:

“…terima kasih atas makluman puan, kami mohon maaf sangat-sangat, kami faham perasaan puan, jika saya di tempat puan pun saya juga akan merasa marah….maaf ya puan atas kesulitan berikut…”😔

Kemudian, akui kesalahan walaupun jika kita tak bersalah:

“…saya akui kesilapan pihak kami, in shaa Allah saya akan cuba bantu puan sebaik mungkin…”

“Malu sangat saya dengan puan atas apa yang berlaku…maaf sangat-sangat ya puan 😔”

Langkah seterusnya adalah:

  1. Hubungi admin dan maklumkan ID Tempahan yang bermasalah. In shaa Allah kita akan bantu puan sebaik mungkin. Jika kita perlu refund keseluruhan, kita akan refund keseluruhan, tiada masalah. Yang penting pelanggan GEMBIRA walaupun komplain.
  2. Kita tidak ingin wang yang kita terima dari pelanggan yang tidak gembira…ianya TIDAK BERKAT. Biar kita rugi di dunia, jangan di akhirat.

Yang penting kita handle pelanggan dengan baik. Sedaya mungkin in shaa Allah.

Jangan stress dan jangan risau, kita bukan nak mencuri pun dan kita pun bukannya jual barang yang nilainya ribuan ringgit hehe…

Ingat ini, pelanggan bukan boleh keluar dari dalam screen telefon/ komputer tue pun hehe… apa nak takut, kita kan berniaga online hehe.. tenang-tenang sahaja ^_^

Senyum dan terus tersenyum 😀

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment