
Rakan-rakan yang menjual di shopee sesti ada impian nak tengok jualan makin meningkat dan nak tahu apa yang pelanggan kita cari kan?
Tapi, pernah tak terfikir macam mana kita nak dapatkan semua clue tu tentang kedai kita seperti:
- Produk mana yang paling hot
- Kenapa tiba-tiba jualan macam kurang memberangsangkan minggu ni
- Promosi jenis apa yang betul-betul power hasilnya?
Jangan risau tau! Semua jawapan tu ada dalam satu tempat iaitu Shopee Business Insight.
Apa Itu Shopee Business Insight?
- Shopee Business Insight ialah alat percuma yang tersedia dalam Shopee Seller
Centre. - Ia memberikan anda data penting tentang jualan, produk, trafik, dan pelanggan
anda. - Dengan data ini, anda boleh membuat keputusan jualan yang lebih tepat dan
berkesan. Contohnya, anda boleh mengetahui produk mana yang paling popular
atau waktu puncak pelanggan melawat kedai anda.
Kepentingan Business Insight
Dengan Business Insight, kita boleh:
- Kenal pasti produk laris dan kurang sambutan
Jadi, kita boleh fokus pada yang hot dan baiki yang kurang. - Tahu waktu paling ramai pelanggan aktif
Strategi promosi pun boleh jadi lebih tepat. - Lihat sumber trafik kedai
Dari mana datangnya pelawat? Iklan, carian, atau direct? - Keberkesanan promosi
Kempen mana yang betul-betul bagi impak - Bandingkan prestasi semasa dengan minggu/bulan lepas
Nampak perkembangan bisnes kita!
Semua info ni penting sangat untuk elakkan buat silap, tingkatkan jualan, dan urus bisnes dengan lebih bijak dan terancang.
Fungsi Utama Dalam Business Insight
Antara bahagian paling penting yang anda boleh akses dalam Business Insight ialah:
- Performance Overview
Gambaran keseluruhan prestasi kedai (jualan, order, trafik harian) - Product Analysis
Data spesifik setiap produk: jualan, trafik, conversion rate - Traffic Analysis
Tahu dari mana datangnya pelawat kedai anda (Shopee Search, iklan, media sosial) - Customer Behaviour
Jejak tingkah laku pelanggan: berapa ramai tengok, tambah ke troli, atau terus beli - Campaign & Promotion Tracking Nilai keberkesanan promosi yang anda sertai dan buat penambahbaikan
Lepas Dah Tengok Business Insight, Apa Nak Buat?
Antara tindakan yang kita boleh buat lepas tengok info dari Business Insight:
Produk
- Fokus produk laris: Tambah stok, promosi lagi gencar!
- Baiki produk kurang perform: Tukar gambar, tajuk, atau harga.
- Pertimbangkan stop produk tak laku: Elakkan rugi masa dan modal.
Kedai (Website Optimization)
- Susun produk dalam kedai: Letak yang hot item kat depan!
- Tambah elemen menarik: Hiasan kedai, banner promosi, dan review positif pelanggan.
Jualan & Promosi
- Buat promosi ikut waktu trafik tinggi: Biar lagi ramai nampak!
- Join kempen Shopee dengan produk laris: Gandakan potensi jualan!
- Kaji harga pesaing: Sesuaikan strategi harga kita.
Rakaman Kelas Perkongsian
Kesimpulan
Shopee Business Insight ni bukan untuk seller besar je tau! Rakan Usahawan yang baru mula pun sangat digalakkan untuk manfaatkan ciri ni. Lagi banyak kita tahu pasal kedai kita, lagi mudah nak capai target bisnes!
Tak perlu lagi main agak-agak! Guna data, buat keputusan yang bijak, dan kembangkan bisnes Shopee kita! Jom mula gunakan Business Insight sekarang!
Nota ringkasan secara pdf :