Kelas Canva untuk Beginner

Nak belajar reka poster guna Canva tapi tak tahu nak mula dari mana?
Atau pernah cuba edit tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan?

TudungSiComel akan menganjurkan kelas Canva percuma untuk Beginner (menggunakan laptop) yang terbuka kepada semua individu yang ingin mempelajari asas reka bentuk poster digital dengan mudah, tersusun dan praktikal sama ada menggunakan laptop atau telefon pintar.

Nota Untuk Pengguna Telefon Pintar

Walaupun kelas ini fokus kepada penggunaan Canva di laptop, pengguna telefon pintar juga sangat digalakkan untuk menyertai.

Fungsi utama di Canva adalah sama antara versi telefon dan laptop yang membezakan hanyalah:

  • Saiz paparan skrin
  • Kedudukan butang dan fungsi (interface)

Kami akan bantu peserta memahami logik susun atur Canva supaya anda tetap boleh aplikasikan ilmu ini walaupun menggunakan telefon.

Topik yang akan Dikongsikan

  1. Pengenalan kepada Canva
  2. Sign Up Canva
  3. Kenali tools dan fungsi
  4. Cara Mula Editing
    -Buka canvas
    -Sizing canvas
  5. Cara Upload gambar/file
  6. Cara guna template
  7. Cara save editing poster

Jadi, kami di TudungSiComel ingin menjemput anda semua untuk join kelas yang kami akan adakan untuk berkongsi asas edit menggunakan CapCut.

  • Tarikh: 25 Julai 2025(Jumaat)
  • Masa: 3.30 petang
  • Tempat: Zoom Meeting (link akan diberi selepas pendaftaran kelas diterima)

Tidak kira sama ada anda menggunakan laptop atau telefon, anda tetap dialu-alukan untuk menyertai kelas ini.

Borang Pendaftaran

Untuk pendaftaran kelas, jemput daftar pada borang dibawah dan nanti admin akan sharekan link zoom tersebut pada anda.

Sama-sama kita menuntut ilmu, semoga bermanfaat… jumpa nanti ya 😊

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment