
Seiring dengan peredaran zaman digital yang semakin pantas, penguasaan ilmu pemasaran yang tepat adalah kunci utama untuk memastikan perniagaan kekal relevan dan kompetitif.
Bagi memastikan momentum perniagaan terus melonjak sepanjang tahun 2026, TudungSiComel akan menganjurkan siri Kelas Marketing Rocket sepanjang bulan Februari. Program ini dirangka khas untuk memberi fokus kepada aspek penjenamaan, kreativiti kandungan, dan pengurusan operasi yang mampan.
Pengisian Modul Sepanjang Februari
Berikut adalah perincian modul mengikut mingguan yang telah dirancang untuk memantapkan lagi prestasi perniagaan anda:
Minggu 1: Kenapa Visitor Masuk Tapi Tak Beli?
Pernah alami situasi orang masuk page/shop, tanya-tanya, tapi senyap lepas tu?
Dalam sesi ini, kita akan kupas sebab utama kenapa pelanggan tak buat pembelian dan bagaimana nak bina profil media sosial yang nampak yakin, dipercayai & meyakinkan, supaya pelanggan lebih berani tekan butang “Beli”.
Minggu 2: “Content” Berimpak Tinggi: Storytelling
Bukan sekadar menjual, tapi bercerita. Sesi ini akan mengajar anda seni penceritaan (storytelling) dalam pemasaran untuk menghasilkan kandungan yang menyentuh emosi audiens, sekaligus membina keinginan yang tinggi untuk mereka memiliki produk anda.
Minggu 3: Teknik Edit Video Guna Phone!
Tak perlukan peralatan mahal! Sesi praktikal ini akan menunjukkan cara edit video secara profesional hanya menggunakan telefon. Anda akan belajar menghasilkan video yang estetik, kemas untuk tujuan pengiklanan.
Minggu 4: Strategi Content Tanpa Stress
Ramai yang “burnout” dalam bisnes kerana tidak konsisten. Sesi penutup ini akan berkongsi tips dan sistem bagaimana untuk kekal aktif menghasilkan kandungan dan menguruskan perniagaan secara harian tanpa rasa terbeban atau stress.
Persiapkan Strategi Anda
Zaman teknologi sekarang, tak mustahil kita dapat jana pendapatan lumayan hanya dari rumah. ‘Office’ kita adalah laptop dan handphone kita dan ianya boleh dibuat secara ‘separa automatik’.
Ianya tak mustahil dengan izin Allah swt.
