Nak belajar edit video guna CapCut tapi tak tahu nak mula dari mana? Atau pernah cuba edit tapi rasa pening dan tak jadi macam yang kita nak?
TudungSiComel akan menganjurkan sebuah kelas percuma iaitu asas edit video menggunakan aplikasi CapCut, khusus buat rakan-rakan yang ingin mempelajari teknik penghasilan video ringkas dan menarik untuk tujuan pemasaran.
Topik yang akan Dikongsikan
Antara pengisian utama dalam kelas ini termasuk:
- Teknik potong dan sambung video – Untuk sunting bahagian penting dengan lebih kemas
- Penambahan muzik latar yang sesuai – Bagi mewujudkan mood yang selaras dengan mesej video
- Penggunaan teks, kapsyen dan animasi – Memudahkan penyampaian dan menarik perhatian penonton
- Pelarasan saiz video mengikut platform (IG/TikTok) – Bagi memastikan kandungan mesra tontonan
Jadi, kami di TudungSiComel ingin menjemput anda semua untuk join kelas yang kami akan adakan untuk berkongsi asas edit menggunakan CapCut.
- Tarikh: 18 Julai 2025(Jumaat)
- Masa: 3.30 petang
- Tempat: Zoom Meeting (link akan diberi selepas pendaftaran kelas diterima)

Borang Pendaftaran
Untuk pendaftaran kelas, jemput daftar pada borang dibawah dan nanti admin akan sharekan link zoom tersebut pada anda.
Sama-sama kita menuntut ilmu, semoga bermanfaat… jumpa nanti ya 😊