Bagi meningkatkan keberkesanan carian produk di Shopee dan membantu membina kesedaran jenama (brand awareness), HQ menyarankan agar semua Rakan Usahawan mengikut format penamaan produk yang disarankan oleh pihak Shopee sendiri, iaitu:
1. Letakkan nama jenama (brand) di hadapan nama produk diikuti dengan keyword yang sesuai(banyak carian).
Nama brand + Keyword + Optional
Contohnya:

✅ TudungSiComel – Tudung Sekolah Awning Scuba On Point Jaminan 180 hari
✅ TudungSiComel -Inner Rainbow Kanak-Kanak Ready Stock
2.Set Warna A dan B
Anda boleh letakkan perkataan Set Warna A dan B pada bahagian belakang tajuk. Dan disarankan juga diletakkan pada gambar supaya mudah pelanggan buat pilihan.

Kenapa Perlu Letak Brand di Hadapan?
- Meningkatkan Kebolehcarian (Searchability)
Nama jenama di awal tajuk membantu produk anda muncul lebih tinggi dalam hasil carian Shopee. - Bina Kesedaran Jenama (Brand Awareness)
Bila ramai seller letak jenama yang sama di hadapan, Shopee akan mula kenal dan utamakan jenama tersebut sebagai jenama yang dipercayai. - Ikut Cadangan Algorithm Shopee
Ini adalah format yang disarankan sendiri oleh Shopee untuk membantu penyenaraian produk anda lebih kemas dan mesra carian.
Rujukan Format Nama Produk dari Shopee
Shopee menyarankan format penamaan produk mengikut susunan berikut:

🔗 Rujukan penuh dari Shopee boleh dibaca di sini:
https://seller.shopee.com.my/edu/article/2222
Pengunaan Bahasa Melayu

Wajib kemaskini nama produk & penerangan (produk description) dalam Bahasa Melayu.
Ini adalah arahan dari pihak pihak KPDN. Ianya telah diberikan notis pada marketplace tiktok dan akan diguna pakai untuk semua marketplace.
Boleh rujuk SINI untuk penerangan tersebut.
Tindakan Anda
✅ Sila semak dan kemas kini nama produk anda di Shopee agar selaras dengan format di atas.
✅ Gunakan keyword carian popular di bahagian belakang tajuk produk
Langkah ini mungkin kelihatan kecil, namun ia memberi kesan yang besar terhadap kekuatan jenama dan keberkesanan jualan jangka panjang. Pihak HQ amat menghargai kerjasama semua rakan usahawan dalam menyelaraskan strategi pemasaran kita.