Kemaskini Alamat Peribadi

Kepada semua Rakan Usahawan TudungSiComel yang berdaftar, anda diminta untuk mengemas kini alamat surat-menyurat peribadi di dalam akaun TudungSiComel masing-masing.

Kemas kini ini penting dan diperlukan kerana maklumat alamat digunakan bagi tujuan e-Invoice LHDN dan rekod data syarikat.

📌 Kenapa perlu kemaskini alamat peribadi?

  • Maklumat e-Invoice mesti menggunakan nama & alamat pemilik akaun (agen), bukan alamat HQ.
  • Alamat yang lengkap membantu mengelakkan isu e-Invoice gagal dijana.
  • Memudahkan rekod cukai dan rekod transaksi pada masa akan datang.
  • Selaras dengan keperluan data bagi pemprosesan tempahan.

Sekiranya alamat tidak dikemas kini, terdapat kemungkinan tempahan tidak dapat diproses kerana maklumat tidak lengkap atau tidak selaras dengan keperluan sistem.

Langkah-Langkah Kemaskini Alamat Peribadi

Langkah 1: Log Masuk Ke Akaun
Sila log masuk (Log In) ke akaun anda di laman web rasmi TudungSiComel.com dan Ejen.Niagadirumah.com seperti biasa dan pilih menu Address.

image 5

Langkah 2: Edit Billing Address
Sila klik pada edit dan masukkan address surat menyurat peribadi anda yang lengkap.

image 6

Selepas anda isikan maklumat yang lengkap dan klik save address.

image 7

Nota Penting (Untuk Makluman Rakan Usahawan)

1. Jika jumlah tempahan di bawah RM10,000, masih perlu kemaskini alamat?
Ya, tetap perlu dikemaskini. Walaupun jumlah tempahan masih di bawah RM10,000, kemas kini alamat peribadi adalah wajib untuk tujuan rekod pihak syarikat dan penyelarasan data sistem.

Ini penting bagi memastikan:

  • Rekod tempahan tersusun dan konsisten
  • Data e-Invoice & laporan dalaman selari
  • Tiada isu apabila jumlah jualan meningkat di masa akan datang

2. Kenapa perlu guna nama penerima sebenar pada setiap tempahan?
Untuk setiap tempahan yang disubmit (termasuk dari Shopee, Lazada & TikTok):

  • Nama penerima mesti sama seperti yang dipaparkan pada Air Way Bill (AWB)
  • Tidak dibenarkan menggunakan nama ringkas atau umum seperti:
    • ShopeeMun
    • TikTok Order 1
    • Order Shopee / Order TikTok

Pelaksanaan ini adalah bagi tujuan:

  • Rekod data yang tepat
  • Pematuhan sistem & e-Invoice
  • Memudahkan semakan dan audit pada masa akan datang

Mohon kerjasama semua rakan usahawan untuk memastikan maklumat yang dimasukkan adalah lengkap dan tepat.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment