
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya 2 helai tudung / baju & kain TudungSiComel serta SriKandi( tidak termasuk inner & produk defect) melalui semua platform termasuk Shopee, TikTok, Lazada Shop, laman web rasmi TudungSiComel dan melalui Wakil Sah TudungSiComel.
Objektif
Membantu rakan usahawan menaikkan Average Order Value (AOV). Pelanggan yang biasanya beli sehelai, kini terdorong untuk membeli 2 atau 3 helai sekali gus demi melayakkan diri ke sesi cabutan bertuah.
Cara Penyertaan
- Belian minimum 2 helai tudung/baju/kain sekolah TudungSiComel/SriKandi oleh pelanggan boleh campur-campur.
- Setiap pelanggan hanya layak satu (1) penyertaan sahaja.
- Pelanggan yang layak akan terima QR code dalam bungkusan untuk penyertaan.
- Pelanggan perlu scan QR code dan isikan butiran yang diperlukan.
Tempoh & Tarikh Cabutan
Kempen Cabutan Bertuah Raya akan dijalankan seperti berikut:
- Tempoh pembelian: 20 Februari – 18 Mac 2026
- Tarikh pengumuman pemenang: 02 April 2026
- Bilangan pemenang: 5 orang bertuah
- Platform pengumuman: Cabutan Live di Facebook Page TudungSiComel
Rakan Borong
Bagi rakan-rakan yang menguruskan postage sendiri(borong), HQ menyediakan fail PDF QR Cabutan Bertuah untuk dicetak dan boleh disertakan dalam setiap parcel pelanggan yang layak.
Serta untuk Order ID bagi pelanggan yang tempah secara manual melalui anda(melalui whatsapp/walk in) anda boleh cipta Order ID tersebut menggunakan nama anda seperti ini :
Order ID = Aslina01, Aslina02 dan seterusnya untuk rujukan HQ
Fail QR boleh dimuat turun di:
Soalan Lazim
1. Siapa yang layak sertai?
Semua pelanggan yang membeli 2 helai ke atas. Ejen juga layak menyertai jika membeli untuk kegunaan anak sendiri.
2. Beli 1 tudung + 1 inner, layak ke?
Tidak layak. Syarat wajib mestilah pembelian tudung/baju/kain sahaja.
3. Jika pelanggan buat belian 2 kali dalam tempoh sebulan, layak join 2 penyertaan lucky draw ke ?
Setiap pelanggan hanya layak satu (1) penyertaan sahaja..
