Kempen Merdeka Mix & Match TudungSiComel

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, TudungSiComel melancarkan satu kempen istimewa bertemakan Merdeka Mix & Match.

Kempen ini bukan sekadar promosi, tetapi satu usaha untuk mendidik pelanggan tentang keunikan warna-warna tudung dan inner yang sedia ada, yang boleh dipadankan mengikut tema warna patriotik Malaysia.

Objektif Kempen

  1. Meningkatkan kesedaran tentang variasi warna tudung dan inner TudungSiComel yang sesuai untuk sambutan Merdeka.
  2. Membantu pelanggan membuat pilihan yang bergaya & bermakna, bukan semata-mata kerana diskaun.
  3. Memfokuskan pada produk sedia ada, bukan produk promosi sementara.
  4. Menggalakkan pelanggan Mix & Match tudung dan inner berkonsepkan warna Jalur Gemilang seperti merah cili, putih mutiara, biru royal dan kuning royal.

Apa Itu “Merdeka Mix & Match”?

Kempen ini memberi tumpuan kepada:

  • Pemilihan dan padanan warna tudung & inner seperti Merah Cili, Putih Mutiara, Biru Royal, dan Kuning Royal yang sesuai digayakan sepanjang bulan Ogos.
  • Memberi inspirasi kepada pelanggan untuk memilih kombinasi warna patriotik untuk anak-anak ke sekolah.
  • Tidak melibatkan diskaun dimana kempen ini menggunakan produk sedia ada.
  • Tiada tarikh tamat kempen, boleh diguna pakai sepanjang tahun, tidak terhad kepada Ogos sahaja.

Peranan Rakan Usahawan

Sebagai Rakan Usahawan TudungSiComel, anda digalakkan untuk:

Promosikan padanan warna bertema Merdeka, melalui:

  • Status WhatsApp
  • IG/FB Story
  • Video TikTok
  • Poster mix & match tudung + inner warna patriotik(yang HQ kongsikan)

Guna pendekatan soft sell, contohnya:

“Tema Merdeka tak semestinya kena beli baru. Kadang tudung yang anak dah ada pun boleh dipadankan dan hasilnya tetap nampak kemas & bermakna untuk ke sekolah.”

Berikan inspirasi melalui gambar sebenar:

  • Sharekan gambar atau video yang HQ kongsikan atau pelanggan sedia ada yang memakai padanan warna menarik & patriotik.

Penutup

Kempen Merdeka Mix & Match ini dilancarkan bukan untuk menjual semata-mata tapi sebagai cara untuk mendidik pelanggan tentang nilai warna, gaya dan semangat kebangsaan.

TudungSiComel percaya bahawa penampilan anak ke sekolah boleh jadi lebih patriotik dan bermakna hanya dengan padanan tudung & inner yang kemas dan selesa, tanpa perlu tunggu promosi.

Jom sama-sama sebarkan mesej ini kepada pelanggan kita!

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment