Kenapa Sale Saya Slow?

Rakan-rakan saya semua menjual di Facebook, sale mereka rancak. Saya pun jual di Facebook juga, tetapi kenapa sale saya slow?

Rakan-rakan saya semua menjual di Shopee, sale mereka rancak. Saya pun jual di Shopee juga, tetapi kenapa sale saya slow?

Medium pemasaran yang sama… tapi hasil berbeza. Kenapa ek?

Ada dua faktor penting selain dari takdir rezeki dari Allah(ini paling utama). Apa yang membezakan iklan kita dan mereka adalah:

1. Ketepatan.

2. Kekerapan.

Kedua perkara ini sangat penting dan merupakan antara faktor utama yang membezakan kita dengan rakan-rakan lain.

KETEPATAN

image 9

Adakah iklan yang kita buat betul-betul sampai kepada prospek kita?

Contohnya kita menjual tudung sekolah, adakah iklan yang kita buat sampai kepada ibu-ibu yang ada anak perempuan bersekolah?

Atau kita hanya sebarkan iklan secara semberono sahaja dan mengharap umpan kita mengena?

Cuba bayangkan jika kita keluar memancing, kita bawa umpan ‘cacing kecil comel’ dan kita merancang untuk menangkap ikan jerung. Kelakar tak? Jika anda buat begini, sila gelakkan diri anda sendiri hehe…

KEKERAPAN

Mengikut The Rule of Seven, prospek perlu melihat iklan kita sekurang-kurangnya 7 kali sebelum mereka mula rasa tertarik untuk mengambil tahu dan explore tentang produk kita.

image 8

Jadi persoalannya, dah banyak kali ke prospek melihat iklan kita?

Berapa kerap pula kita membuat iklan sehari?

JADI BAGAIMANA?

pexels pavel danilyuk 8638712

Apa perlu saya buat?

1. Bina kolam ikan(prospek) anda sendiri. Antaranya adalah buat profile dan page di FB / IG / Tiktok / Telegram baru dan add kan hanya mereka yang berpotensi sahaja, iaitu wanita yang ada anak perempuan bersekolah.

Nak bina kolam ikan? BELAJAR SINI

2. Iklan kan sekerap mungkin di profile dan page tersebut. Boleh juga buat schedule post setiap 2-3 jam sekali posting. Jadi hidup kita pun tenang sahaja sebab iklan-iklan kita akan keluar secara kerap mengikut jadual.

Facebook dan IG sekarang dah boleh buat schedule post dah. Lebih mudah.

Boleh dapatkan terus copywriting dan gambar yang disediakan di Group Telegram Copywriting TudungSiComel dan buat schedule sahaja.

Copywriting harian AMBIL DI SINI

Sekian dan selamat meroket ^_^

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment