Salam rakan usahawan yang dikasihi 🥰
Alhamdulillah, kita telah berjaya setup system auto WhatsApp info tempahan 😊
Ianya berfungsi apabila puan membuat tempahan untuk pelanggan di website dan kita akan terus hantar info ID dan tracking number direct ke WhatsApp:
1.Maklumkan tempahan mereka sudah diterima beserta ID tempahan mereka agar mudah rujukkan jika ada masalah.

2. Setelah kita bungkus, system akan hantar satu lagi whatsapp memaklumkan tempahan mereka sudah diprosess beserta tracking nombor mereka.

Moga-moga dengan ini, rakan-rakan lebih mudah menguruskan tempahan pelanggan, tak perlu lagi hantar tracking number dan ID secara manual kepada mereka dan mereka akan terima dan boleh buat semakan sendiri.
Puan hanya fokus key in tempahan sahaja, seterusnya HQ akan handle.
Selain itu, kita juga akan hantar Tracking Nombor melalui SMS sebagai backup.
Namun system ini masih dalam percubaan, jika ada masalah maklum ya.
Terima kasih dan moga dapat membantu memudahkan urusan rakan-rakan🥰
Updates: 5 Nov 2021