Panduan Generate Link Live Lelong untuk Pelanggan

Memandangkan HQ TudungSiComel kita juga ada menjalankan aktiviti jualan lelong secara live, dan setelah mencuba selama lebih dari satu bulan hampir setiap hari, kita dapati permintaan untuk tudung Lelong ini baik dan banyak permintaan.

Seorang pelanggan berpotensi beli sampai berpuluh-puluh helai dan berulang kali. Mungkin kerana harganya mampu milik dan banyak koleksi-koleksi baru yang menarik.

Mungkin juga ada yang suka membeli secara berdepan seolah-olah beli dari kedai dengan penjual… maklumlah lama tak keluar shoping kan hehe…

image 5
image 6
image 8

Oleh itu, kita ingin juga menjemput Rakan Usahawan TudungSiComel untuk turut jana pendapatan bersama.

Kaedahnya mudah sahaja:

1. Kongsikan link posting khas berkaitan program Live lelong kita. Ini linknya dan pastikan generate kan link ini kepada link affiliate peribadi anda terlebih dahulu sebelum kongsikan:

https://tudungsicomel.com/lelong-tsc-is-live-now/


Jika anda baru dan tak pasti bagaimana untuk generate link peribadi, boleh KLIK SINI

2. Kongsi dan sebarkan sebanyak mungkin. Apabila ada pelanggan yang join live lelong dan turut membeli, rakan-rakan akan turut mendapat komisyen affiliate darinya.

Gambar-gambar teaser promosi live lelong boleh dapatkan di sini dan kita akan update dari masa ke semasa:

https://t.me/live_lelong_tudungsicomel

Itu sahaja, mudahkan hehe…

KADAR KOMISYEN SEMASA (UPDATE 21 SEPT 2021)

Komisyen bagi setiap produk adalah RM0.50. Setiap helai produk yang dibeli walaupun harganya RM1.50 atau RM3.00 , komisyen tetap RM0.50.

Jika pelanggan beli 20 helai, setiap kali live, potensi untung RM10.00 untuk seorang pelanggan. Jika ada 5 pelanggan hasil dari tajaan anda, potentsi RM50.00 untuk satu sessi live dan kita merancang jika mendapat sambutan baik, kita akan buat sesi pagi dan petang.

Dan untuk ibu komisyen RM0.30 dan nenek RM0.20

Walaupun nampaknya seperti sedikit, tapi mengikut pengalaman kita, hampir setiap kali live lelong(2 jam / sesi) boleh cecah 100-300 helai terjual.

Nota: Kadar komisyen akan dipertimbangkan dari masa ke semasa mengikut penilaian keadaan semasa. Memangdangkan ini baru permulaan, jadi HQ akan lihat kadar keberkesanan program ini bagi rakan affiliate samaada boleh dinaikkan lagi kadar komisyen atau sebaliknya.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment