Panduan Kemaskini Nombor TIN

e Inv

Seiring dengan pelaksanaan e-Invois oleh pihak LHDN, setiap transaksi jualan (bayar dan terima wang) kini memerlukan maklumat Nombor Identiti Cukai (TIN) yang sah untuk penghasilan e-invoice.

Bagi memastikan urusan tempahan rakan-rakan berjalan lancar tanpa gangguan di masa hadapan, HQ memohon kerjasama anda untuk mengemaskini maklumat TIN di profil masing-masing.

1. Langkah-Langkah Kemaskini Nombor TIN

image

Langkah 1: Log Masuk Ke Akaun
Sila log masuk (Log In) ke akaun anda di laman web rasmi TudungSiComel.com dan Ejen.Niagadirumah.com seperti biasa.

My Account

Langkah 2: Pilih Menu ‘Account detail’
Kemudian masukan no TIN anda dan IC, kemudian tekan butang ‘Save changes’.

My Account TIN

Selepas anda save, sistem akan cuba buat validasi dan sekiranya tiada masalah status TIN akan bertukar kepada ‘Valid’.

VALID TIN
image 3

2. Semak resit e-Invoice

Anda boleh masuk semula ke Dashboard akaun anda dan klik pada menu ‘orders’.

image 1

Itu sahaja, mudah kan? 😁


FAQ?

1. Adakah wajib update TIN?
Tidak diwajibkan kepada tempahan yang bernilai RM10,000 ke bawah. Jika anda buat tempahan borong atau topup credit bernilai RM10,000 dan ke atas, anda wajib masukan TIN. Jika tidak pembayaran anda tidak berjaya.

TIN juga tidak diwajibkan buat masa sekarang kepada seller yang tidak cecah jualan RM1 juta setahun.

Namun ianya sangat disarankan kerana perbelanjaan perniagaan yang dilakukan boleh dikira sebagai ‘perbelanjaan tidak dibenarkan‘ oleh LHDN jika tidak mendapat resit e-invoice.

Sebagai contoh (ilustrasi sahaja supaya mudah faham):

Cukai dikira berdasarkan keuntungan perniagaan.

Contohnya Jualan kita RM30 (pelanggan bayar) dan perbelanjaan (bayar ke HQ beli tudung) RM10. Jadi keuntungan anda adalah RM30 – RM10 = RM20

Jika kadar cukai anda adalah 20% (contoh sahaja), jadi cukai anda adalah RM20 x 20% = RM4

Tapi jika perbelanjaan anda tadi membeli tudung dari HQ anda tidak masukan no TIN anda, berkemungkinan perbelanjaan anda akan jadi tak dibenarkan oleh LHDN dan ianya akan menjadi:

RM30 (jualan) – RM0 (belian di HQ sebab tak dibenarkan) = RM30 untung anda.

So cukai anda akan meningkat menjadi RM30 (untung) x 20% = RM6

Maksudnya walaupun anda bayar RM10 ke HQ, tapi LHDN tak ambil kira perbelanjaan anda tersebut membuatkan untung anda secara atas kertas tinggi.

2. Bagaimana jika saya tiada nombor TIN?
Jika rakan usahawan belum mempunyai TIN, anda disarankan untuk mendaftar TIN terlebih dahulu melalui MyTax LHDN.

3.Bagaimana saya nak rujuk cara pendaftaran MyTax dan dapatakan nombor TIN ?
Anda boleh rujuk pada penerangan video ini dengan lebih lanjut DI SINI.

4. Adakah maklumat saya selamat?
Ya, pihak HQ TudungSiComel memandang serius keselamatan data anda. Maklumat ini hanya digunakan untuk tujuan pematuhan syarat LHDN sahaja.

Sekiranya terdapat sebarang kesukaran, rakan usahawan boleh hubungi admin HQ untuk bantuan lanjut.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment