Panduan Tegur dan Report Seller yang Salah Gunakan Gambar Model TudungSiComel

Di TudungSiComel, kami sangat menghargai usaha Rakan Usahawan yang mematuhi garis panduan dan menggunakan gambar produk secara beretika.

Namun begitu, masih ada segelintir seller di luar sana yang mengambil kesempatan menggunakan gambar model TudungSiComel tanpa kebenaran, terutama di platform seperti Shopee, TikTok, dan Lazada.

Penggunaan gambar tanpa izin ini bukan sahaja menyalahi etika perniagaan, tetapi juga boleh mengelirukan pelanggan dan menjejaskan reputasi jenama TudungSiComel.

Jadi, jika anda terjumpa seller lain yang salah guna gambar model TudungSiComel, berikut ialah panduan untuk menegur secara berhemah dan report kepada platform yang berkenaan.

1. Ayat Teguran Secara Peribadi (DM/PM/Chat)

Rakan-rakan boleh copy ayat di bawah dan spam chat:

Salam kami dapati pihak anda menggunakan gambar model tudung sekolah hak milik TudungSiComel tanpa sebarang kebenaran bertulis.

Sebagai makluman, gambar ini adalah hak milik rasmi SBZ Prima Sdn Bhd dan penggunaannya adalah dilarang tanpa kebenaran.

Mohon tukar gambar tersebut dalam tempoh 24 jam sebelum kami report shop anda beramai-ramai

Biasanya apabila kita report beramai-ramai, shop / produk anda akan di banned oleh pihak merchant.

2. Jika Seller Tidak Respons atau Enggan Padam – Buat Report

Setiap platform ada cara tersendiri untuk melaporkan seller yang melanggar hak cipta. Berikut ialah langkah-langkah umum:

a) Shopee

image 28
  1. Klik pada produk yang menggunakan gambar TudungSiComel.
  2. Klik ikon titik 3 diruangan kanan dan klik “Report this product”
  3. Pilih sebab: “Counterfeit Items”.
  4. Tambah nota: “Gambar ini adalah milik rasmi TudungSiComel. Seller ini menggunakannya tanpa kebenaran.”
  5. Submit laporan.

b) TikTok Shop

image 30
  1. Buka video atau list produk yang salah guna gambar.
  2. Klik ikon titik 3 diruangan kanan dan klik “Report this product”
  3. Pilih kategori Intellectual Property Violation atau Copyright infringement.
  4. Nyatakan bahawa gambar adalah milik TudungSiComel dan digunakan tanpa izin.

c) Lazada

image 31
  1. Klik ikon titik 3 diruangan kanan dan klik “Report this product”
  2. Pilih kategori berkaitan dan nyatakan: “Seller menggunakan gambar hak milik TudungSiComel tanpa kebenaran.”

Kita perlu ambil tindakan beramai-ramai kerana ada sesetengah seller yang degil. Bersatu kita teguh, terima kasih ya 🥰

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment