Dalam dunia bisnes online hari ini, ramai peniaga dah mula guna iklan berbayar di Meta (Facebook & Instagram) untuk tarik pelanggan. Tapi bukan semua iklan menjadi, sebab itu penting untuk kita faham teknik jemput pelanggan dengan cara yang betul – bukan sekadar buat iklan dan tunggu keajaiban.
Dalam artikel kali ini, kita akan kenali dua perkara penting:
- Teknik Jemput Pelanggan di Meta
- Biar Prospek Kejar Kita
Topik 1: Teknik Jemput Pelanggan di Meta
Sebelum buat iklan, kita kena faham dulu apa yang buat iklan kita menarik dan berkesan.
Faktor Kejayaan Iklan
- Content kena tepat – Iklan mesti tarik perhatian dengan angle yang unik, bukan ayat biasa atau klise.
- Masuk market dengan mesej yang jelas – Kita kena tahu siapa pelanggan kita, dan bercakap terus kepada mereka.
Kenali Niche Market Anda
- Spesifik siapa yang anda nak jual – Contohnya: mak-mak bekerja, guru sekolah, wanita muslimah aktif.
- Tonjolkan USP produk (Unique Selling Point) – Contohnya: tudung sekolah kemas, tak perlu gosok.
- Main emosi pelanggan – Fikir: Apa ketakutan, masalah, atau keperluan mereka?
- Uji pelbagai angle iklan – Buat 5 jenis sudut (angle), setiap satu cuba 10 jenis copywriting untuk test respon.
Tips Penting:
- Jangan terus iklankan harga!
→ Mula dengan iklan yang educate atau main emosi pelanggan. - Pastikan tahu siapa yang anda nak pancing sebelum buat iklan.
→ Contohnya: Emak beranak 3 yang sibuk bekerja.
Topik 2: Biar Prospek Kejar Kita
Bukan semua pelanggan beli kali pertama nampak iklan. Jadi kita kena sabar dan ikut flow semula jadi prospek.
Flow Pelanggan:
- Prospek nampak iklan
- Belum beli – tapi dia mula perhati
- Nampak lagi iklan – makin yakin
- Baru buat keputusan beli
Cara Hantar Mesej Dalam Iklan
- Tulis mesej yang buat prospek rasa tenang & yakin
- Ingatkan perlahan-lahan – bukan paksa.
- Guna ayat promo yang cipta rasa urgent tapi tak menjual keras.
Soft Sell Lebih Berkesan:
Buat iklan macam konten biasa, bukan nampak terlalu menjual. Contohnya:
“Kalau selalu pening anak hilang tudung sekolah, ni ada penyelesaiannya…”
CTA Upgrade Version:
Akhir iklan, ajak bertindak dengan value, bukan arahan kosong.
Contoh CTA upgrade:
❌ “Klik sini untuk beli.”
✅ “Kalau mak-mak selalu terlambat, betulkan tudung anak pun dah setengah jam, saya ada penyelesaiannya..”
Objektif Iklan di Meta (Facebook/IG Ads
Sebelum buat iklan, pilih tujuan iklan (objective) yang betul:
Objektif | Tujuan |
---|---|
Awareness | Perkenalkan jenama / produk |
Traffic | Bawa prospek ke website / WhatsApp |
Engagement | Dapat like, komen, share |
Leads | Dapat nombor telefon / data pelanggan |
Sales | Terus jual produk |
Reverse Funnel Strategy (Strategi Terbalik)
Ramai sangka kena buat awareness dulu, tapi sekarang trend dah berubah!
- Iklan Menjual dulu – siapa yang respon, kita ‘pancing’ lagi
- Engagement – naikkan interaksi
- Kolam – kumpul audiens yang berminat
- Awareness – bagi mereka kenal jenama lebih dekat
- Sales – ulang-ulang sampai mereka beli!
Penutup
Dalam dunia iklan Meta, bukan siapa belanja paling banyak yang menang, tapi siapa paling faham pelanggan. Bila kita tahu siapa yang kita jemput, dan jemput dengan cara yang lembut tapi tepat, barulah iklan jadi mesin closing, bukan buang duit.
Teruskan belajar dan uji! In shaa Allah, usaha hari ini akan jadi hasil yang lumayan esok.