Selamat datang Rakan Usahawan TudungSiComel ke Blog perkongsian ilmu yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Tujuan saya wujudkan blog khas ini adalah kerana saya lihat banyak perkongsian-perkongsian lepas yang hilang begitu sahaja dan tak dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan usahawan baru.
Jadi adalah elok saya simpan di dalam satu blog yang mana kita boleh rujuk dari masa ke semasa.
Apabila kita terjun ke dunia perniagaan, ada beberapa perkara utama yang kita perlu fahami, belajar dan dalaminya. Antaranya adalah:
1. Operasi – ilmu berkaitan pengoperasian sesebuah perniagaan; staffing, akaun, finance, sewa, bungkus, dan lain-lain.
2. Pengurusan Stok – segalanya berkaitan penghasilan stok untuk dipasarkan; material, tailors, bungkusan dan lain-lain
3. Pemasaran – Strategi Pemasaran, Penjenamaan, Market Segmentation, USP, VP, Online Tools dan lain-lain
4. Jualan – Customer service, ayat-ayat closing sale, followup dan lain-lain.
Ini adalah perkara utama dan ada banyak lagi jika nak dipecahkan. Namun saya akan cuba kongsikan dengan bebekal ilmu yang tak seberapa ini berkaitan Pemasaran dan Jualan. In shaa Allah.
Ini kerana, rakan usahawan TudungSiComel majoritinya adalah Rakan Dropshipper dan Affiliate, jadi ilmu pemasaran dan jualan lebih perlu saya utamakan.
Apa yang akan saya kongsikan hanyalah dari apa yang saya belajar dari pengalaman dan buku-buku dan bahan tulis yang saya baca secara tidak formal. Jadi jika tuan-puan ada ingin perbetulkan segala perkongsian saya, saya sangat-sangat hargai. Semoga ianya dapat memberi manfaat pada semua kita.