Pihak HQ ingin memaklumkan bahawa akan berlaku penstrukturan semula harga produk TudungSiComel yang akan berkuat kuasa mulai 16 Julai 2025 (Rabu). Langkah ini diambil setelah mengambil kira beberapa perubahan terbaru yang berlaku di platform jualan seperti Shopee dan TikTok.
Kenapa Harga Dikemaskini?
Seperti yang rakan-rakan sedia maklum, platform jualan seperti Shopee dan TikTok(akan datang) kini telah menaikkan kadar komisyen mereka.
Ini bermaksud, setiap kali rakan-rakan membuat jualan melalui platform tersebut, lebih banyak kos perlu ditolak sebelum mendapat untung bersih.
Perkara ini boleh memberi kesan kepada keuntungan anda sebagai Rakan Usahawan, terutamanya jika harga jualan masih sama seperti sebelum ini.
Tindakan Pihak HQ
Bagi memastikan Rakan Usahawan terus mendapat keuntungan yang adil dan berbaloi, pihak HQ telah mengambil keputusan untuk:
- ✅ Menurunkan harga agen bagi sebahagian besar produk, agar margin keuntungan kekal kompetitif.
- ✅ Melakukan pelarasan harga jual bagi beberapa produk tertentu, selari dengan kos dan strategi pemasaran semasa.
- ✅ Memastikan setiap perubahan harga dibuat dengan teliti, agar tidak membebankan usahawan dan masih menarik kepada pelanggan akhir.
Tarikh Kuat Kuasa
Penstrukturan harga ini akan bermula secara rasmi pada 16 Julai 2025 (Rabu).
Senarai Harga Produk Baharu



Harapan Kami
Diharapkan dengan penyesuaian ini, Rakan Usahawan dapat meneruskan aktiviti jualan dengan lebih yakin, gembira dan menguntungkan. Pihak HQ sentiasa komited untuk menyokong pertumbuhan bisnes puan dan memastikan setiap usaha yang dilakukan mendapat pulangan yang setimpal, in shaa Allah.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan.