
TudungSiComel berbesar hati mengumumkan tambahan promosi eksklusif bersempena bulan kemerdekaan ini.
Bagi setiap pembelian dua (2) helai tudung sekolah, pelanggan akan menerima satu (1) sticker lencana jenis kanvas(iron on) secara percuma.
Promosi Kempen
Mulai 24 Julai 2025 hingaa 31 Ogos 2025, setiap pembelian 2 helai tudung sekolah, pelanggan akan menerima 1 keping sticker Kanvas Jalur Gemilang secara PERCUMA.
Objektif Kempen
1.Mendukung semangat patriotik
Kita bersama-sama memupuk rasa cinta kepada negara dengan membantu murid-murid mendapatkan lencana jalur gemilang yang lebih selamat dipakai (tidak perlu gunakan pin).
2.Menambah nilai pembelian pelanggan
Selain tudung sekolah yang berkualiti, kita juga menghadiahkan sesuatu yang istimewa iaitu lencana kanvas Jalur Gemilang (iron on) yang tahan lasak secara percuma.
3.Meningkatkan jualan
Promosi ini berpotensi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli tudung sekolah bersempena musim patriotik ini.
Apa Yang Menarik Tentang Kempen Ini?
- Promosi sah di semua platform (Shopee, WhatsApp, TikTok, Lazada & Website).
- Hanya pastikan pelanggan beli minimum 2 helai tudung sekolah (tidak termasuk defect dan inner).
- HQ akan automatik sertakan sticker lencana Jalur Gemilang bendera dalam bungkusan.
Kod Kupon
Rakan usahawan tidak perlu masukkan sebarang kod kupon untuk redeem sticker lencana jalur gemilang ini kerana team pembungkusan akan memasukkan berdasarkan kuantiti tempahan yang dibuat.
FAQ?
1.Jika pelanggan beli 4 helai tudung boleh claim 2 keping sticker ke?
J: Tidak layak, kerana 1 tempahan dengan belian 2 helai tudung ke atas di dalam satu resit hanya layak untuk 1 keping sticker sahaja. Jika perlukan sticker lebih, boleh buat pembelian sticker.
2.Boleh ke saya nak promosikan kempen ini di Shopee/Lazada/TikTok ?
J: Boleh sahaja, rakan-rakan tak perlu setting apa-apa promosi ini di merchant hanya perlu letakkan gambar percuma sticker tersebut. Tempahan 2 helai tudung ke atas kita akan terus masukkan sticker.
3.Bagaimana jika saya kumpul order untuk kawan2 sekerja atau kawasan tempat tinggal saya, dan pos ke alamat saya dan hanya terima 1 keping sticker sahaja ke ?
J: Anda boleh maklumkan pada admin Alin berapa sticker yang diperlukan untuk diberikan kepada pelanggan anda. Kejujuran anda sangat penting.
4.Boleh ke pelanggan buat 2 order ID berasingan dan combine postage untuk claim 2 keping sticker ?
J: Tidak boleh, kerana ia dikira sebagai 1 postage dan layak terima 1 keping sticker sahaja.
5.Kalau promosikan secara affiliate, layak ke terima sticker percuma ini?
J: Layak, janji tempahan yang dibuat oleh pelanggan 2 tudung atau 1 tudung 1 inner.
6.Kalau saya beli stock borong, bagaimana saya nak dapatkan stock sticker?
J: Anda boleh buat belian sticker di web agen untuk pelanggan claim promosi ini melalui tempahan yang anda uruskan.
Semoga kempen ini dapat membantu rakan-rakan membuat sale yang baik. Aamiin