Dalam dunia pemasaran digital masa kini, penjual sering kali menumpukan sepenuh perhatian kepada kelebihan produk yang ditawarkan. Namun, pendekatan ini kadangkala mengabaikan satu aspek penting iaitu masalah sebenar yang dihadapi oleh pelanggan.
Justeru itu, perkongsian ini bertujuan menerangkan dua pendekatan utama dalam strategi pemasaran iaitu produk fokus dan customer problem fokus, serta membimbing para Rakan Usahawan untuk mengimbangi kedua-duanya secara strategik.
Objektif
- Memberi pemahaman yang jelas tentang perbezaan antara pendekatan fokus produk dan fokus masalah pelanggan.
- Membantu usahawan menghasilkan konten yang lebih dekat dengan keperluan emosi pelanggan.
- Menyedarkan bahawa kejayaan jualan tidak hanya bergantung kepada kualiti produk, tetapi sejauh mana produk itu menyelesaikan masalah pengguna.
- Menyediakan idea praktikal dalam menghasilkan konten berbentuk “problem-solution” yang lebih meyakinkan.
Apa Itu Produk Fokus?
Produk fokus merujuk kepada pendekatan pemasaran yang memberi penekanan kepada ciri-ciri dan kelebihan produk, seperti:
- Kualiti bahan
- Reka bentuk terkini
- Warna pilihan
- Harga kompetitif
- Ready-stock atau penghantaran pantas
Contoh komunikasi produk fokus:
“Tudung sekolah Awning Scuba – Tidak perlu digosok, tahan lasak dan kekal bentuk.”
Kelebihan
- Memberikan maklumat yang jelas dan pantas kepada bakal pelanggan.
- Sesuai untuk pelanggan yang sudah bersedia untuk membeli.
Kekurangan
- Kurang menyentuh aspek emosi.
- Kurang sesuai untuk menarik perhatian prospek baru yang belum kenal produk.
Apa Itu Customer Problem Fokus?
Fokus kepada masalah pelanggan pula bermaksud memahami cabaran atau kesulitan yang dialami oleh pelanggan, dan menjadikan produk sebagai penyelesaian.
Contoh komunikasi berbentuk problem solving:
“Anak sering balik dari sekolah dengan tudung senget? TudungScuba kekal kemas walaupun anak aktif sepanjang hari.”
Kelebihan
- Menyentuh aspek emosi dan pengalaman harian pelanggan.
- Membina kepercayaan jangka panjang dengan prospek.
Kekurangan
- Memerlukan masa untuk memahami audiens sasaran.
- Perlu konten yang lebih mendalam dan konsisten.
Gabungan Strategi – Solusi Terbaik
Strategi yang paling berkesan adalah dengan menggabungkan kedua-dua pendekatan ini dalam satu konten:
- Mulakan dengan masalah pelanggan – untuk tarik perhatian secara emosi.
- Diikuti dengan kelebihan produk – untuk bantu buat keputusan.
Contoh konten gabungan:
“Anak saya aktif, selalu balik tudung senget… Tapi sejak guna TudungScuba, tudung kekal kemas sampai balik.” “Material scuba lembut dan awning tak mudah berubah bentuk.”
Tips Aplikasi Untuk Rakan Usahawan
- Gunakan struktur Masalah → Solusi → Bukti dalam setiap konten.
- Kumpul soalan dan masalah pelanggan yang sering ditanya untuk dijadikan bahan konten.
- Ulang guna testimoni pelanggan sebagai bukti penyelesaian.
Penutup
Sebagai usahawan, kita bukan sekadar menjual produk, kita sedang menawarkan penyelesaian kepada masalah pelanggan.
Dengan memahami perbezaan dan keperluan kedua-dua pendekatan ini, Rakan Usahawan TudungSiComel dapat menyusun strategi konten yang lebih efektif, menyentuh emosi, dan akhirnya menghasilkan jualan yang konsisten.