
Berita gembira HQ TudungSiComel berbesar hati untuk menyumbangkan Subsidi Ads Shopee untuk 100 orang Rakan Usahawan TudungSiComel yang terawal.
Rakan-rakan boleh baca syaratnya di bawah dan jika berminat anda boleh isi borang pada link yang disediakan.
Program ini berlangsung dari
25 Disember 2024 – 15 Januari 2025
KENAPA PERLU BUAT ADS?
1. Kalau kita tak buat ads, listing produk kita akan berada jauh di page-page belakang listing product di shopee dan ini membuatkan pelanggan susah nak jumpa produk kita.
2.Kebiasaanya orang akan utamakan produk yang berada di page-page hadapan sahaja.
3.Kalau kita listing produk dan duduk menunggu sahaja, takut kita kecewa sebab tiada pembeli.
CARA UNTUK DAPATKAN SUBSIDI ADS
1. Isi borang permohonan di bawah dan terus buat ads.
2. Pilih salah satu produk yang dirasakan mudah terjual dan permintaan tinggi dan buat ads sebanyak RM5 sehari untuk produk TudungSiComel (tudung sekolah) selama 7 hari (RM35).
3. Apabila dah cecah RM35, print Screen bukti spending (dalam waktu program berlangsung) dan whatsapp admin Mira untuk claim subsidi RM30 dari HQ. Subsidi akan dimasukan ke Wallet anda.
PANDUAN ADS
Jika kurang faham bagaimana nak buat ads, boleh rujuk banyak panduan yang dikongsikan di youtube dan anda juga boleh rujuk panduan khas yang disediakan oleh pihak Shoppe
FAQ?
1. Adakah saya kena tunggu 15 Januari baru boleh claim?
Tak, sekiranya ads anda dah cecah RM35 dalam waktu program berlangsung, boleh terus claim. Yang penting ads harus dibuat dalam waktu program berlangsung.
2. Boleh ke saya buat ads RM35 sehari ?
Terpulang, namun syarat untuk claim adalah minumum RM5 sehari selama 7 hari.
3. Boleh ke saya buat ads untuk banyak produk ?
Untuk subsidi hanya boleh pilih salah satu produk sahaja untuk 7 hari.
4.Boleh ke saya claim untuk ads yang saya buat di Tiktok / Lazada?
Tidak boleh. Program ini kita fokus untuk Shopee sahaja. Untuk Tiktok dan Lazada, tunggu makluman untuk Subsidi Lazada / Tiktok Ads yang kita akan umumkan kelak, in shaa Allah.
Permohonan
Untuk memohon, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan. Terhad kepada 100 pemohon terawal sahaja.
NOTA:
1. Kita sangat sarankan anda untuk perkemaskan dahulu Shop anda sebelum join promosi nie. Boleh rujuk panduan di sini:
https://usahawan.tudungsicomel.com/kenapa-shopee-ads-tak-menjadi/
Terima kasih team TSC
Sama-sama puan, semoga bermanfaat ^_^