Program Sumbangan Anak Yatim & Asnaf

Pihak TudungSiComel dengan ini menjemput rakan-rakan usahawan untuk bersama-sama menyertai Program Sumbangan Anak Yatim & Asnaf, iaitu satu inisiatif kebajikan khusus bagi membantu anak-anak di rumah kebajikan dan golongan asnaf yang terpilih.

Program ini bertujuan memastikan mereka dapat melangkah ke sekolah dengan tudung sekolah yang baharu, bersih dan berkualiti, setanding dengan keperluan anak-anak lain.

WhatsApp Image 2025 12 22 at 12.27.57

Bentuk Sumbangan

Setiap sumbangan yang diterima akan ditukarkan kepada item berikut (bagi setiap anak-anak):

  • 3 Helai Tudung Sekolah Awning Lembut
    Untuk memastikan kitaran pemakaian mencukupi sepanjang minggu persekolahan.
  • 2 Helai Inner Rainbow (Inner/Anak Tudung Sekolah)
    Bagi memastikan anak-anak kekal selesa dan kemas sepanjang hari di sekolah.

Insentif Penghargaan Kepada Ejen

Sebagai penghargaan kepada rakan-rakan ejen yang menyokong dan menyebarkan program ini, pihak TudungSiComel menyediakan komisyen sebanyak 20% bagi setiap nilai sumbangan yang berjaya diperoleh melalui link affiliate anda.

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Ejen

WhatsApp Image 2025 12 23 at 14.52.51
  1. Menjana Link Affiliate Khas
    Rakan-rakan ejen perlu menjana special affiliate link bagi kempen sumbangan ini melalui sistem affiliate di web TudungSiComel.com

    Panduan lengkap boleh dirujuk melalui pautan berikut:
    👉 https://usahawan.tudungsicomel.com/docs/bagaimana-nak-generate-special-affiliate-link/
  2. Hebahan Program
    Sebarkan link affiliate anda tersebut melalui platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram, WhatsApp Story atau secara terus kepada komuniti dan kenalan terdekat.
  3. Penerangan Kepada Penyumbang
    Maklumkan kepada bakal penyumbang bahawa sumbangan yang diberikan akan ditukarkan kepada tudung dan inner tudung sekolah untuk manfaat anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan.
  4. Link Program Sumbangan
    Link program sumbangan akan dikongsikan dari masa ke semasa menerusi grup support whatsapp.

Dengan kerjasama dan sokongan rakan-rakan usahawan, kita berpeluang menjadi jambatan kebaikan yang menghubungkan penyumbang dengan anak-anak yang memerlukan. Sumbangan yang kecil bagi kita mampu memberi impak yang besar kepada masa depan mereka.

“Satu Perkongsian, Beribu Senyuman”

Pihak TudungSiComel merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment