
Berita gembira HQ TudungSiComel berbesar hati untuk sponsor subsidi 100% bagi ads shopee untuk 30 orang Rakan Usahawan TudungSiComel yang terawal.
Rakan-rakan boleh baca cara untuk dapatkan subsidi di bawah dan jika berminat anda boleh isi borang pada link yang disediakan.
KENAPA PERLU BUAT ADS?
1. Kalau kita tak buat ads, listing produk kita akan berada jauh di page-page belakang listing product di shopee dan ini membuatkan pelanggan susah nak jumpa produk kita.
2.Kebiasaanya orang akan utamakan produk yang berada di page-page hadapan sahaja.
3.Kalau kita listing produk dan duduk menunggu sahaja, takut kita kecewa sebab tiada pembeli.
CARA UNTUK DAPATKAN SUBSIDI ADS
1. Isi borang permohonan di bawah dan terus buat ads.
2. Pilih salah satu produk yang dirasakan mudah terjual dan permintaan tinggi dan buat ads minima sebanyak RM10 sehari untuk produk TudungSiComel (tudung sekolah dan bukan tudung defect) selama 7 hari.
3. Apabila dah cecah RM70, print Screen bukti spending (dalam waktu program berlangsung) dan whatsapp admin Mira untuk claim subsidi 100% RM70 dari HQ. Subsidi akan dimasukan ke Wallet anda.
Permohonan
Untuk memohon, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan. Terhad kepada 30 pemohon terawal sahaja.(Permohonan telah ditutup)
FAQ?
1. Adakah saya kena tunggu 31 Oktober baru boleh claim ?
Tak, sekiranya ads anda dah cecah RM70 dan melebihi 7 hari dalam waktu program berlangsung, anda boleh terus claim. Yang penting ads harus dibuat dalam waktu program berlangsung.
2. Boleh ke saya buat ads RM20 sehari ?
Terpulang, namun syarat untuk claim adalah minima RM10 sehari selama minima 7 hari.
3. Boleh ke saya buat ads lebih dari 1 produk?
Untuk subsidi ini hanya fokus untuk 1 produk sahaja.
4.Boleh ke saya claim untuk produk ads yang saya buat di Tiktok / Lazada?
Tidak boleh. Program ini kita fokus untuk Shopee sahaja. Untuk Tiktok dan Lazada, tunggu makluman untuk Subsidi Lazada / Tiktok Ads yang kita akan umumkan kelak, in shaa Allah.
5.Jika ads spend saya tak capai RM70 sehingga 31 Oktober, boleh ke nak claim ?
Boleh claim, sharekan pada admin Mira berapa jumlah ads spends yang dah capai jadi kita akan kreditkan berdasarkan berapa yang anda dah spend.
