
Bermula 21 April 2025, pihak sekolah di seluruh Malaysia telah mewajibkan pemakaian Lencana Jalur Gemilang sebagai simbol semangat patriotik dalam kalangan murid-murid sekolah.
Sebagai tanda sokongan, TudungSiComel tampil dengan inisiatif khas untuk menyemarakkan semangat ini bersama-sama anda.
Promosi Kempen
Mulai 12 Mei 2025 hingaa 30 Mei 2025, setiap pembelian 2 helai Tudung Sekolah TudungSiComel ke atas, pelanggan akan menerima 2 keping sticker lencana Jalur Gemilang PERCUMA.
Objektif Kempen
1.Mendukung semangat patriotik
Kita bersama-sama memupuk rasa cinta kepada negara dengan membantu murid-murid mendapatkan lencana Jalur Gemilang dengan mudah dan selamat.
2.Menambah nilai pembelian pelanggan
Selain tudung sekolah yang berkualiti, kita juga menghadiahkan sesuatu yang istimewa iaitu lencana Jalur Gemilang secara percuma.
3.Meningkatkan jualan
Promosi ini berpotensi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli tudung sekolah bersempena musim patriotik ini.
Kelebihan Sticker Lencana Jalur Gemilang TudungSiComel
- Mudah dipasang: Sticker ini direka khas dan mudah dilekatkan pada semua jenis material tudung tanpa merosakkan fabrik tudung.
- Kualiti terjamin: Diperbuat daripada material yang tahan lama dan tahan lasak serta tidak mudah luntur, lencana kekal kemas sepanjang hari persekolahan.
- Saiz yang sesuai: Saiz lencana adalah standard dan mematuhi garis panduan pemakaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Menunjukkan semangat patriotik: Dengan rekaan Jalur Gemilang yang jelas dan menarik, ia membantu memupuk rasa cinta dan bangga kepada negara.
Bagaimana Anda Boleh Ambil Peluang Ini?
1.Sebarkan promosi ini
Kongsikan kepada semua pelanggan anda melalui WhatsApp, media sosial dan group komuniti. Gunakan gambar tudung dan sticker yang cantik untuk tarik perhatian!
2.Tekankan nilai tambah
Bantu pelanggan untuk lebih faham, mereka bukan saja membeli tudung yang berkualiti, tetapi juga mendapat sticker Jalur Gemilang percuma.
3.Manfaatkan tempoh promosi ini
Ini adalah peluang keemasan untuk rakan-rakan gandakan jualan dan cuba untuk belajar close sale.
⚠️ Makluman Penting
- Jaminan 180 Hari:
Sebarang kerosakan pada tudung akibat pemasangan lencana, atau kerosakan pada sticker itu sendiri tidak dilindungi di bawah jaminan 180 hari. - Sticker Lencana Juga Dijual Berasingan:
Pelanggan juga boleh beli sticker secara berasingan.
Setiap set mengandungi 2 keping sticker Jalur Gemilang.
Kod Kupon
Rakan usahawan tidak perlu masukkan sebarang kod kupon untuk redeem sticker ini kerana team pembungkusan akan memasukkan berdasarkan kuantiti tempahan yang dibuat.
FAQ?
1.Jika pelanggan beli 4 helai tudung boleh claim 4 keping sticker ke?
J: Tidak layak, kerana 1 tempahan dengan belian 2 helai tudung ke atas di dalam satu resit hanya layak untuk 2 keping ticker sahaja.
2.Boleh ke saya nak promosikan kempen ini di Shopee/Lazada/TikTok ?
J: Boleh sahaja, rakan2 tak perlu setting apa-apa promosi ini di merchant hanya perlu letak gambar percuma sticker tersebut. Tempahan 2 helai ke atas kita akan terus masukkan sticker.
3.Bagaimana jika saya kumpul order untuk kawan2 sekerja atau kawasan tempat tinggal saya, dan pos ke alamat saya dan hanya terima 2 keping sticker sahaja ke ?
J: Anda boleh maklumkan pada admin Alin berapa sticker yang diperlukan untuk diberikan kepada pelanggan anda. Kejujuran anda sangat penting.
4.Boleh ke pelanggan buat 2 order ID berasingan dan combine postage untuk claim 4 keping sticker ?
J: Tidak boleh, kerana ia dikira sebagai 1 postage dan layak terima 2 keping sticker sahaja.
5.Kalau promosikan secara affiliate, layak ke terima sticker percuma ini?
J: Layak, janji tempahan yang dibuat oleh pelanggan minimum 2 helai dan ke atas.
Semoga kempen ini dapat membantu rakan-rakan membuat sale yang baik. Aamiin