Shopee Ads: GMV Max Auto Bidding atau Custom ROAS?

Ada yang tanya saya, “Encik Syah, bila nak setup iklan, pening la nak pilih Bidding Method yang mana. Apa beza dua ni?”

image

Jangan risau. Hari ini saya kongsikan maksud teknikalnya dan saya bagi CONTOH MUDAH supaya terus faham.

Jom kita bedah siasat dua beradik ni:

Shopee Ads: GMV Max Auto Bidding atau Custom ROAS?

1️⃣ GMV Max Auto Bidding

Ini ibarat “Autopilot”. Kita benarkan sistem Shopee kawal bid untuk dapatkan jualan (GMV) yang paling maksimum dalam bajet kita. Sistem akan automatik cari pelanggan yang sesuai.

💡 CONTOH MUDAH (Analogi Upah Salesman): Kita bagi RM15 kat salesman dan pesan: “Awak pergilah cari sesiapa yang nampak berminat nak beli tudung sekolah ni. Saya percaya awak pandai buat kerja. Janji dapat sales!”

Kesan: Salesman tu akan rajin pusing cari pelanggan. Dia bebas sikit nak tarik orang. Sesuai untuk fasa permulaan.


2️⃣ GMV Max Custom ROAS

Ini ibarat “Target Ketat”. Kita tetapkan satu target pulangan (ROAS) yang spesifik. Shopee cuma akan tunjuk iklan pada orang yang ada potensi tinggi untuk capai target tu sahaja.

💡 CONTOH MUDAH (Analogi Upah Salesman): Kita bagi RM15, tapi letak syarat ketat: “Awak cuma boleh tegur orang yang CONFIRM akan beli banyak je. Kalau dia nampak macam tak nak beli, jangan buang masa tegur.”

Kesan: Salesman tu akan jadi sangat memilih. Dia jimat tenaga, tapi takut-takut sales jadi perlahan sebab dia terlalu berhati-hati (takut tak capai target).


📋 JADI, SAYA SARANKAN MULA YANG MANA?

Untuk permulaan, saya cadangkan pilih: 👉 GMV MAX AUTO BIDDING

Kenapa? Sebab akaun kita mungkin baru nak panas. Kita nak bagi “Salesman” (Shopee) tu belajar dulu siapa pelanggan kita. Bagi dia bebas sikit cari ibu-ibu yang tengah cari tudung sekolah tu tanpa sekatan ketat.

📌 Tips Strategi:

  1. Pilih Auto Bidding.
  2. Bajet mula RM15 – RM20 sehari.
  3. Biarkan 7 hari (Fasa Pembelajaran) — Jangan usik setting!

Lepas seminggu, baru kita tengok report card dia. Kalau menjadi, baru kita scale up.

Moga perkongsian ini membantu anda buat keputusan dengan yakin!

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment