Kaedah Closing Sales Melalui Whatsapp

Dalam dunia bisnes online hari ini, WhatsApp bukan sekadar tempat pelanggan bertanya harga. Ia adalah ruang terbaik untuk kita bina kepercayaan, beri servis terbaik dan akhirnya bantu pelanggan buat keputusan membeli.

Untuk Rakan Usahawan TudungSiComel, berikut 5 langkah mudah yang boleh bantu anda closing sale guna WhatsApp dengan lebih berkesan.

1. Sediakan WhatsApp Business yang Profesional

Sebelum nak close pelanggan, kita kena nampak trusted dan tersusun:

  • Guna gambar profil yang kemas (logo atau wajah sendiri)
  • Lengkapkan nama & info bisnes
  • Set auto-reply untuk respon bila offline
  • Guna label seperti “Pelanggan Baru”, “Follow-up”, “Dah Bayar”
  • Simpan ayat lazim dalam “Quick Reply” untuk jimat masa

💡 First impression pelanggan sangat penting – jangan abaikan!

2. Kenal Jenis Pelanggan & Cara Layan Mereka

a. Pelanggan Tanya Harga Je
Jangan terus bagi harga. Cerita dulu kelebihan produk:

“Tudung awning scuba ni best seller produk TudungSiComel. Harga cuma RM19.90 je puan. Boleh saya bantu terus order?”

b. Pelanggan Seen Tapi Senyap
👉 Gunakan teknik follow-up yang lembut tapi konsisten:

Hari 1: “Puan sempat tengok tudung yang saya share semalam?”
Hari 3: “Hari ni last day promo free inner tau puan.”
Hari 7: “HQ baru restock tudung sekolah dua lapis zip warna putih yang puan cari hari tu tau.”

c. Pelanggan Dah Ready Beli
👉 Bagi jalan mudah untuk mereka terus buat pembelian:

“Saya terus bagi link order ya puan, boleh pilih warna di sini.”

3. Gunakan Skrip & Teknik PsikologiKuasai ayat yang buat pelanggan rasa rugi kalau tak beli

Contoh Skrip Soft Closing:

  • “Warna ni tinggal beberapa je, nak saya reserve dulu?”
  • “Puan minat design ni tak? Boleh saya bantu teruskan order?”

Psikologi Scarcity & Urgency:

  • “Saiz M ni tinggal 3 helai je puan. Ramai tengah tanya.”
  • “Hari ni last promosi free inner tau puan.”

Bonus:
Lepas barang sampai, jangan diam!

“Tudung dah sampai ke puan? Harap suka ya. Kalau nak repeat, saya bagi diskaun khas.”

4. Strategi Follow-up yang Tak Menyakitkan Hati

Follow-up bukan sekadar “Puan nak beli tak?”

Sebaliknya, kita bantu mereka buat keputusan dengan timing dan skrip yang betul.

Contoh Strategi 3 Hari:

  • Hari 1: Follow-up mesra
  • Hari 3: Beritahu promo tamat
  • Hari 7: Update stok baru atau warna yang mereka suka

5. Elakkan 3 Kesilapan Ini

❌ Terus bagi harga tanpa kenalkan produk
❌ Terlalu pushy, buat pelanggan rimas
❌ Tak follow-up langsung selepas pelanggan tanya

Nak closing lebih mudah? Fokus bantu, bukan jual. Bila pelanggan rasa dihargai, mereka lebih yakin nak membeli.

Penutup

WhatsApp ialah senjata utama Rakan Usahawan TudungSiComel.
Dengan skrip yang betul, follow-up yang bijak, dan servis yang ikhlas closing jadi lebih mudah.

SOP Closing Whatsapp

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment